Fake Love or True Love ? [Introduction]

Title : Fake Love or True Love ?
Author : babyJoe
Genre[s] : Romantic, Schoollove, Schoollife, Drama
Status : Ongoing
Main Characters : LJoe/Lee Byunghun, Park Eunmi, Jung Jinyoung, Bora.
Minor Characters : Kim Jineul, Park Jaerin, Park Bomi, Teen Top, B1A4 and maybe more !

Sinopsis :
Sekolah Elites iaitu TOP Academy High School, terdapat satu kumpulan yang dikenali sebagai Teen Top. Mereka di sekolah boleh diibaratkan sebagai artis. Ramai perempuan menggilai mereka atas kekacakan mereka, kecomelan mereka dan sebagainya. Teen Top yang dianggotai oleh CAP, Niel, Chunji, LJoe, Ricky dan Changjo. Ketua Teen Top iaitu CAP ialah ketua dalam kumpulan mereka itu. Tetapi ...
Di TOP Academy High School, Park Eunmi, seorang pelajar perempuan yang tinggal bersama nenek angkatnya telah mendapat biasiswa untuk masuk ke TOP Academy High School. Di sekolah, Eunmi dilayan persis seperti orang gaji. Park Eunmi seorang yang pendiam dan dia juga digelar sebagai "Perempuan Buruk" di sekolah mereka walhal Park Eunmi seorang perempuan yang cantik dan comel. Park Eunmi terpisah dengan kedua orang tuanya dan 2 adik perempuannya sejak dia bayi lagi. Mereka terpisah atas satu kejadian menimpa mereka. Sampai sekarang, Eunmi berusaha untuk mencari jejak keluarganya. Kim Jineul, kawan baik kepada Eunmi seorang yang cantik dan diminati orang ramai. Dia selalu berada di samping Eunmi sewaktu Eunmi sedih dan gembira. Tetapi ...
Di  TOP Academy High School juga terdapat 2 kumpulan perempuan yang boleh juga dianggap terkenal di sekolah mereka iaitu TOP GIRLS dan SISTAR19. TOP GIRLS dianggotai oleh Park Jaerin dan Park Bomi manakala kumpulan SISTAR19 dianggotai oleh Bora dan Hyorin. TOP GIRLS merupakan anak kepada Park Dongmin. Park Dongmin ialah seorang usahawan yang berjaya di Korea. TOP GIRLS juga dikenali sebagai Park's siblings di serata dunia. Mereka amat terkenal dan diminati oleh orang ramai di sekolah dan luar sekolah. Manakala, SISTAR19 merupakan pelajar perempuan yang dinobatkan sebagai "Perempuan paling HOT" di sekolah mereka. Mereka pantang melihat lelaki yang kacak dan terkenal. SISTAR19 juga amat membenci Park Eunmi dan selalu menghina Eunmi.
Pada suatu hari, LJoe the bad boy di TOP Academy High School terpaksa mengaku Park Eunmi sebagai teman wanitanya. Bagaimanakah reaksi semua orang ? Bagaimanakah reaksi Eunmi ? Mengapakah LJoe terpaksa mengaku bahawa Eunmi kekasihnya ? Nantikan jawapannya ~
Characters :
LJoe atau nama penuhnya Lee Byunghun dikenali sebagai "Bad Boy" di TOP Academy High School. Dia dianggap seorang playboy di sekolahnya. Di sebalik wajahnya yang kacak juga, dia seorang yang sweet dan romantik orangnya. Dia berumur 17 tahun dan selalu berada ranking yang rendah tetapi itu tidak sesekali mempengaruhi kepopulariti dia. Selain itu, dalam Teen Top, LJoe merupakan salah satu ahli yang paling terkenal di sekolah. Dia juga pandai bermain piano dan violin. Dia juga menyimpan hasrat untuk menulis sebuah lagu untuk cinta sejatinya. Dia juga amat membenci orang yang menyentuh rambutnya.
Park Eunmi ialah seorang perempuan yang tinggal bersama nenek angkatnya. Dia amat menyayangi neneknya walaupun dia tahu bahawa dia hanyalah cucu angkat neneknya. Dia merupakan pelajar paling pandai dan selalu mendapat ranking #1 di TOP Academy High School. Eunmi juga mahir bermain piano dan violin. Dia mendapat biasiswa untuk masuk ke sekolah elites iaitu TOP Academy High School. Dia terpisah dengan keluarga dan 2 adiknya semasa mereka masih bayi. Sampai sekarang, dia masih mencari keluarganya. Park Eunmi berumur 17 tahun. Dia juga seorang pemalu dan pendiam. Dia tidak pandai berfesyen seperti remaja perempuan zaman sekarang.
Kim Jineul merupakan satu satunya kawan baik kepada Eunmi. Mereka tinggal bersebelahan. Kim Jineul merupakan teman wanita kepada Chunji iaitu salah satu ahli Teen Top. Mereka bersama selama 3 bulan. Kim Jineul ikhlas berkawan dengan Eunmi dan akan sentiasa berada di samping Eunmi di waktu Eunmi sedih dan senang. Dia begitu menyayangi Eunmi dan anggap Eunmi sebagai adiknya sendiri. Dia amat membenci sesiapa sahaja yang cuba mencederakan dan menghina Eunmi. Dia juga berumur 17 tahun dan sekelas dengan Eunmi.
Lee Chanhee atau lebih dikenali sebagai Chunji. Dia seorang lelaki yang romantik dan setia. Chunji amat menyayangi Jineul. Dia juga merupakan kawan baik dan kawan paling rapat dengan LJoe. Dia selalu berada di samping LJoe tidak kira waktu susah atau senang. Dia juga tinggal bersama LJoe walauupun bapanya memiliki syarikat yang berpengaruh di Korea, dia tidak pernah bangga akan kekayaan ayahnya itu. Dia berumur 17 tahun dan sekelas dengan Jineul, LJoe dan Eunmi.
Park Bomi dan Park JaeRin. Mereka berdua adik beradik kembar yang terkenal sebagai TOP GIRLS di TOP Academy High School dan di luar sekolah sebagai Park's siblings. Mereka berdua tidak sombong akan kekayaan dan kecantikan yang dimiliki malah mereka amat membenci sesiapa sahaja yang suka membuli orang yang lebih lemah daripada mereka. Park Bomi menyimpan hati kepada salah seorang ahli Teen Top. Park Jae Rin pula merupakan girlfriend kepada Sandeul dari B1A4. Mereka bersama baru sahaja 2 bulan. Mereka berdua berumur 16 tahun.
Hyorin dan Bora. Mereka dari kumpulan SISTAR19. Mereka selalu menang anugerah "Perempuan paling HOT" di TOP Academy High School. Mereka juga pantang melihat lelaki kacak dan kaya di depan mata mereka. Mereka amat membenci Park Eunmi atas sebab tertentu. Hyorin merupakan perempuan yang baik pada asalnya tetapi berubah menjadi kejam atas sebab sesuatu yang membuat di sakit hati. Bora pula perempuan yang suka memainkan perasaan lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya. Mereka berdua berumur 17 tahun dan sekelas dengan Eunmi.
Teen Top ; CAP, Chunji, LJoe, Niel, Ricky and Changjo.
B1A4 ; Gongchan, Sandeul, Baro, Jinyoung dan CNU.
------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
P/s : Mianhae kalau tak best tetapi akan ku cuba untuk membestkannya. Idea fanfics nanti akan datang 97% daripada aku dan 3% dari Mnet Scandal. Kekekeke :3 Do wait for chapter 1 babe~

4 comments:

nanajoe said...

ehhhhhhhhh aku tahuuuu . yang kembar tu adik dia kannnn ? <---------- spoiler

Adelina Amin said...

Wohhooo . Tak sabar ! cepat2 :D

Lovely Carrot said...

wow! mesti besttt! :D

ddhil said...

nana omma suke buat spoiler~! LOL //jkjk