The Cinderella Meets Gay : Who will be the president ? [12]

LJoe POV
               "Siapa president kalau macam tu ?!" Pertanyaan Juliana menyentakkan aku. Ya. Siapa yang akan menjadi president nanti ? Suasana di dalam dewan menjadi riuh kembali. Aku memandang Juliana. Juliana memandang aku dengan penuh kebencian. Dia benci aku ke ? Juliana, kalau kau nak jadi president pun ambil lah. Aku tak kisah tetapi aku nak cinta daripada kau boleh ke ?
Juliana POV
                Aku keterlaluan ke ? Nampak sangat aku gila kuasa. Aku tak nak dipanggil macam tu. Hmmm. Kesian YunYun. Mesti dia dah banyak bertungkus lumus memimpin semua pelajar Shinhwa. Mungkin aku patut lepaskan jawatan president untuknya. Aku menarik nafas dalam dalam dan ...
              "LJoe ! " "Juliana !" 
               Erk ? Kami menjerit dengan serentak. Aduhh. Malunya. Semua pelajar di dalam dewan ketawa melihat gelagat kami. Hancur karisma aku. Tiba tiba aku terdengar sorokan daripada pelajar.
               "LJoe ! LJoe ! LJoe ! LJoe ! LJoe ! LJoe ! LJoe ! LJoe !" Pelajar perempuan menyokong YunYun sebagai president. Lupa diri betul korang. Kenapa aku rasa cemburu ? 
LJoe POV
               "Juliana ! Juliana ! Juliana ! Juliana ! Juliana  ! Juliana !" Pelajar lelaki menyokong Julia sebagai president. Bahkan, kumpulan Teen Top pun menyokong Juliana ?! Cemburu. Ya. Aku cemburu. Aku melihat Juliana kembali. Dia sangat cantik. Comel dan perfect di mataku. Malam ni, dia seksi dan hot sangat. Bibir dia menggoda nafsu aku. Tetapi aku rasa cemburu kerana ramai lelaki yang tengok keseksiannya. Aku nak aku sahaja yang boleh tengok bentuk badannya dan semua tentangnya. Juliana Lee, I love you a lot.
Jojo POV
               "What the hell ?! Juliana lahh ! Kenapa semua pelajar perempuan sokong LJoe ! Arghh !!" Aku menjerit kemarahan. Baro pula menjerit nama aku. Tak logik betul boyfriend aku ni.
               "Baro ahh. Baro pilih Juliana ke LJoe ?" Aku bertanya kepada Baro.
               "Juliana ! Sebab dia cantik, comel dan elegan. Berkarisma pun ade." Baro memuji Juliana. Dia sengaja buat aku cemburu. Nak bermain dengan Jojo ye ? Baro Baro Baro ~
               "Ohh. Jojo pula sokong LJoe oppa ! Hehe. Dia handsome semasa senyum kan Baro ? Dia macho, cute dan berkarisma setiap kali dia senyum. Mata dia menggoda semua perempuan termasuk Jojo. Hehe." Aku mengusik Baro. Muka Baro terus berubah. Nak sangat mainkan aku. Kan dah kena ~
                "Yahhhh !" Baro memarahi aku. Aku menjelirkan lidah kepadanya. "LJoe handsome daripada Baro a.k.a Cha Sun Woo ! Lalalala ~" Aku mengejeknya.
                "Arghhh !!" Baro terus memelukku dengan erat. Aku terdiam seketika. Dia membisikkan sesuatu kepadaku ...
                 "Baby ... You only mine .." Aku terus cair. Saranghae Baro<3
Juliana POV
                 What ?! Pelajar Shinhwa sokong aku ? Pelajar Yoonique sokong LJoe ? Nampak sangat dua dua gatal. Bengong boleh aku. Si Jinyoung pula dari tadi asyik tersenyum pada aku. Boleh stress aku. Aku melihat kembali ke arah LJoe. Dia merenung mata ku. LJoe, kau buat hati aku berdebar debar.
                 "Okay. Macam ni. Kita akan buat undian selama 1 minggu. Semua pelajar dibolehkan mengundi sesiapa sahaja dan letakkan nama yang anda ingin undi di kotak undi di hadapan bilik guru. Harap maklum." Pengetua Shinhwa menyudahkan ucapannya. Pengetua Shinhwa dan Pengetua Yoonique berjalan bersama sama meninggalkan pentas itu. Hanya aku dan LJoe sahaja berada di atas pentas itu. Semua pelajar memandang kami. Awkward ~
LJoe POV
                "Err. Selamat bekerjasama Jason a.k.a Juliana Lee." Aku membisikkan kepada Juliana dan menghulurkan tangan kepadanya.
               Juliana menyambut huluranku. Kulit dia sungguh lembut dan putih melepak. Tetapi kenapa tangan dia sejuk sangat ? Dia kesejukan ke ? Memang dalam dewan Shinhwa sejuk macam di Kutub Utara. Bahkan, dia sedang memakai dress yang nampak bahagian lehernya. Aku dengan sikap prihatin membuka jaket tuxedo aku dan menyarungkan kepadanya. Semua pelajar perempuan menjerit.
Juliana POV
               Erk ? Dia .. dia tak marah aku ke ? Dia tahu aku sejuk. Teramat sejuk. Pertama, sejuk kerana memang cuaca sejuk sekarang. Kedua, sebab aku takut dia marah sebab aku pura pura menyamar jadi Jason untuk mencungkil rahsia Shinhwa dan Yoonique berpecah. Dia menyarungkan jaket tuxedonya kepadaku. LJoe, kau suka gay ke ? Jeongmal, saranghae ...
               Wait a minute .. Aku dapat rasa yang kami diperhatikan. Ya. Aku dan dia di atas pentas macam pasangan bercinta dan sedang diperhatikan oleh orang awam yang berada di bawah pentas. Aku dapat rasa macam nak dimakan sahaja oleh pelajar perempuan. Minta maaf lah wahai kaum perempuan semua. Aku tiada niat pun nak rampas LJoe korang ni.
                Tanpa membuang masa, aku turun daripada pentas tetapi aku sempat membisikkan sesuatu kepada LJoe.
LJoe POV
                "YunYun, see you tomorrow" Bisikan Juliana mengejutkan aku. Suara dia sungguh merdu. Arghh. Aku sudah gila. Dia cakap 'see you tomorrow'. Omoo ~ Sweetnya. Lol. Sejak bila aku jadi macam ni ? Ya. Sejak ada Juliana. Juliana or Jason. 
                "J ... Jason .. Dia kawan dengan aku sebab nak tahu rahsia Shinhwa dengan Yoonique ke ?!" Aku baru teringat. J .. Jadi ni lah rancangannya selama ini. Dia tipu aku ... Juliana/Jason .. How could you ? Aku turun dengan perasaan kecewa dari pentas itu. 
                Balik sahaja dari prom night, aku hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Ahli Teen Top yang lain pelik memandangku.
                "Kenapa ni Byunghun ?" Niel menegurku. Aku terus diam.
                "LJoe ! Nak main card tak ?" Ricky bertanya kepadaku. Aku hanya menggeleng tanda tidak mahu.
                "LJoe, kau risau kau takkan jadi president ke ? Kami bergurau je tadi. Kami sokong kau lah walaupun Juliana cantik dan seksi." CAP pula memujukku. Aku bukan kecewa pasal tu. Aku kecewa pasal Juliana/Jason berkawan dengan aku ada sebab yang lain. Sakit hati aku sangat sangat.
                 "Aku okay jelah. Tak payah risau." Aku menenangkan hati mereka. Mereka terus diam.
Juliana POV
                 Aku dan Jojo sampai lewat malam. Kami berhenti sebentar membeli bahan dapur. Aku masih berfikir. Siapa akan jadi president nanti ? LJoe ke aku ?
                "Juliana ! Aku nak tidur dah. Kau susunlah sendiri bahan dapur tu. Ngantuk ! Esok aku boleh jumpa Hambaro dah ! Yay ! Byebye ! Night !" Jojo menjerit kegembiraan.
                Aku segera menyusun bahan bahan dapur dengan elok dan kemas. Selepas itu, aku bersihkan diri dan masuk tidur. Semoga esok bermula dengan lancar.
Jojo POV
               Pada esok pagi, aku dan Juliana tiba di sekolah Shinhwa. Pintu pagar sekolah Yoonique dikunci. Serius, aku memang rindu akan sekolah Yoonique aku. Kelihatan sudah ramai pelajar berkumpul di tempat penjualan uniform baro untuk pelajar perempuan sekolah Shinhwa.
               Aku segera menarik Juliana ke tempat penjualan. Kami pun kena beli memandangkan kami sekarang pelajar Shinhwa High School. Juliana hanya diam sejak tadi lagi.
               "Jue ! Aku nak beli uniform kejap." Aku segera meninggalkan Juliana.
Juliana POV
               Aku hanya menunggu Jojo membeli uniform baru. Aku sayang dan rindu akan uniform Yoonique High School. Kenapa perkara macam ni harus berlaku ? Arghhh ! Selang beberapa minit, kelihatan Jojo datang ke arah ku dan memegang 4 plastik. Kesian dia.
               "Nahh ! Uniform dan kasut !" Aku menyambut hulurannya dan membuka plastik itu. 
               "Aku suka uniform dia ! Cantik ! Soft pink ! Hehe." Jojo tersengih gembira. Aku hanya blur sahaja. Kami berdua segera ke tandas untuk menukar pakaian. Sudah ramai pelajar menukar pakain mereka ke uniform baru. Hmmm.
                Selesai sahaja menukar uniform baru. Aku menunggu Jojo di luar tandas. Jojo mesti lambat lagi. Haihhh. Aku mengeluh. Bagi aku, uniform sekolah Shinhwa bagi pelajar perempuan terlalu seksi dan berfashion. Pelik je. Aku hanya melepaskan rambut aku dan mengenakan klip rambut bunny di tepi kanan rambut aku. Simple sahaja.
                Sambil sambil aku menunggu Jojo, aku dikejutkan dengan jeritan perempuan. Mereka menyebut perkataan macam "Teen Top dan B1A4". Sekali lagi ~ Aku tidak menghiraukan mereka dan sabar menunggu Jojo. 
                "Eh, Baro !" Suara Jojo mengejutkan aku. Baro pula melambai ke arah Jojo dan datang ke arah kami. Jinyoung turut datang dan tersenyum memandang aku.
                "Juliana !!" Aku memandang ke arah pemilik suara itu. CAP memanggilku dan tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya tanpa melihat LJoe.
To be continued ...

5 comments:

NANA said...

kyaaa ~ lagii~ <3 //mintak kaki

Atierah W. said...

Comel ah fanfic ni :DD

aiEyN said...

ala .
nak lgi !

Nadira said...

romantik.<3

Anonymous said...

Sambung lagi :']