Fake Love or True Love ? B1A4 ? [6]

Eunmi's POV :
            Aku berjalan menuju ke kafeteria. Tiba tiba, seorang lelaki menyekat laluan aku. Aku memandangnya.
           "May I help you ?" soalku kepadanya. Aku melihat tag namanya. Nama dia Kibum. Ohh.
           "LJoe hyung ask me to give you this note.  Annyeong." Dia memberiku sekeping kertas dan berlari meninggalkanku. LJoe ? Ape yang si Byunghun tu nak lagi ? Tanpa membazir masa, aku membaca nota itu.
        ✦ ✧   Jumpa aku dekat belakang sekolah, bawah pokok besar. -LJoe- ✦ ✧
           Aigoo. Ape yang Byunghun nak kali ni ? Dia ditimpa masalah ke ? Aku segera berlari menuju belakang sekolah. Entah kenapa perasaan risau menyelinap masuk ke dalam diriku ini.
LJoe's POV :
          Si Kibum beri ke tak nota tu ? Hish. Kenapa Eunmi masih tak datang ? Tiba tiba, bayangan dan wajah Eunmi datang masuk ke dalam otak fikiranku. Eunmi ... fake girlfriend aku. Kadang kadang aku rasa yang aku ni bodoh sebab fikirkan cara macam ni sahaja yang boleh membuatkan aku elak dari Bora. Sampai sekarang aku tidak tahu ape pekerjaan ibu bapa Eunmi. Dia kaya ke ? Kalau tak kaya, takkan boleh masuk sekolah ni kan ? Hmmm.
         "Jagiyaa ~" suara itu mengejutkan aku. Aku menggosok dada aku.
         "Eunmi ! Kau nak buat aku mati ke ?!" Aku menjerkahnya. Dia ketawa mengekeh. Amboi.
         "Hahahaha. Jokejoke. Kenapa kau suruh aku datang ?" Dia duduk di tepiku. Aku dapat rasa jantungku berdegup dengan kencang lebih lebih lagi bila dia memanggil aku "jagiya".
         "Hmmm. Memandangkan kau teman wanita aku yang olok olok, aku kena tahu jugak selok belok keluarga kau kan ? Ibu bapa kau kerja ape ?" soalku. Mukanya terus berubah.
         "Hmmm. Ibu bapa aku takde .." Jawapannya membuat aku terkejut.
         "Diorang pergi mane ?" 
         "Aku terpisah dengan ibu bapa dan 2 adik kembarku sejak aku bayi lagi. Aku tinggal dengan nenek angkatku sekarang." Eunmi membalas. Jawapannya membuatkan aku bersimpati kepadanya.
         "Err. Macam mane kau boleh masuk sekolah ni ?"
         "Aku mohon biasiswa. Mula mula, aku ingat aku takkan dapat masuk sekolah ni. Tapi bila aku dapat tahu aku diterima, halmeoni paling gembira. Harapan halmeoni selama ni nak tengok aku masuk TOP Academy High School." Eunmi berkata dengan perlahan. Aku dapat lihat dia mengesat air matanya. 
         "Kau sabar eh ? Aku janji aku akan berada di samping kau selalu !" Aku membuat "PEACE SIGN" tanda aku janji dengannya. Dia hanya tergelak. Aku tersenyum memandangnya.
         "Selalu konon. Lepas kau dapat girlfriend baru, takde selalu dah. Kekekeke." Dia menjawab dengan selamba. Kata kata itu membuat aku tersentap. LJoe ! Dia hanya teman wanita olok olok kau.
         "Err. Y .. yeah."
Author's POV :
         Eunmi dan LJoe berpegangan tangan masuk ke kelas. Eunmi tidak menghiraukan mata yang memandangnya, menjeling kepadanya. Dia sudah letih. Dia segera duduk di tempatnya dan matanya melilau mencari seseorang.
         "Kau cari siapa ?" Jineul bertanya kepada Eunmi.
         "Kau kenal tak kembar yang nama Park Jaerin dengan Park Bomi ?" soal Eunmi. Jineul terlopong mendengarnya.
         "Kau kenal diorang dekat mane ?!" Jineul sedikit menjerit bertanya kepadaku.
         "Er. Diorang tolong aku semase aku kena buli dengan Bora dan Hyorin ..." jawab Eunmi.
         "Ohh. Diorang memang suka tolong orang. Semua pelajar di sekolah ni hormat diorang walaupun diorang masih muda. Diorang juga anak kepada pemilik sekolah ni dan ibu bapa mereka usahawan terkenal di Korea." terang Jineul.
         "Bwo ?!" Biji mata Eunmi hampir terkeluar.
         "Dan ... diorang bukan sekelas dengan kita lah ! Diorang 16 tahun. Muda setahun dari kita." Eunmi mengangguk angguk.
Eunmi's POV :
          Aku kena tipu dengan Bomi ? Hahahaha. Nakal jugak budak tu. Diorang anak kepada pemilik sekolah ni ?! Omoonaa. Ibu bapa mereka juga merupakan usahawan terkenal di Korea ? Wow. Nasib baik diorang tidak sombong macam orang kaya lain lain. Aku membuka buku dan meneruskan pembelajaran.
         "Kyaaaaaaaaaaaaaaa ! TOP GIRLS !!" Suara lelaki dan perempuan di dalam kelasku menjerit dengan kuat. Siapa pula TOP GIRLS ? Kenapa semua pelajar bangun ? Hanya aku dan Byunghun sahaja yang masih kekal duduk. Malah, ahli Teen Top juga berdiri. Jineul pun ?
         "Annyeong Jaerin and Bomi." Suara Cikgu Kim mengejutkan aku. Bomi ? Jaerin ?
         "Annyeong seonsaengnim." Kedua kedua menjawab serentak.
         "Annyeong TOP GIRLS." Semua pelajar di dalam kelasku menunduk tanda hormat. TOP GIRLS ?
         "Eunmi !!!!!!" Suara Bomi sekali lagi mengejutkan aku. Yang paling membuatkan aku kekok sekarang, semua pelajar di dalam kelasku termasuk Byunghun memandangku.
         "Er . Y .. yeah ?" Aku membetulkan cermin mataku yang hampir jatuh.
         "Seonsaengnim, can I lend Eunmi for a while ? Pleaseeee." Bomi merayu kepada Cikgu Kim. Cikgu Kim mengangguk angguk.
         "Yay ! Let's go Eunmi !" Bomi datang ke arahku dan menarik tanganku tetapi belum sempat Bomi menarikku, Byunghun menahan kami.
         "Korang nak bawa Eunmi pergi mane ?" Byunghun menyoal dan dia masih memegang tanganku.
         "Aku dengan Bomi nak bawa dia jalan jalan kejap. Well, dia kan kawan aku. Aku janji akan pulangkan girlfriend kau secepat mungkin." Jaerin menarik tanganku dari pegangan Byunghun. 
         "LJoe ~ Diorang nak pinjam sekejap je girlfriend kau, takkan tu pun kau cemburu ? Hahaha." Suara Niel membuatkan aku dengan LJoe malu akan diri sendiri.
         "Yay ! Thanks LJoe ! Let's go Eunmi !" Bomi menjerit keriangan dan menarikku keluar. Jaerin mengikut kami dari belakang.
Author's POV :
         Bomi, Jaerin dan Eunmi berbual bual seperti mereka sudah lama kenal. Mereka berbual bual di dalam bilik yang agak besar dan designnya juga kreatif. Macam ruang tamu lah pula. Ade taman pulak tu. Wow. Sekolah ni ade bilik sebegini ? Tiba tiba ...
Jaerin's POV :
        "Rinnie baby ~" Suara lelaki mengacau perbualan antara kami bertiga. Dia dah datang dah.
        "Hi Jaerin !" 
        "Annyeong Bomi !"
        "Er. Annyeong Unknown girl ?" Gongchan menegur Eunmi. Unknown girl ? Hahaha. Apelah maknae tu beri gelaran main hentam je.
        "Eunmi. Mereka semua ni B1A4. Hunny, she is my new friend and she is 17 years old." Aku memperkenalkan Eunmi kepada Sandeul dan kawan kawannya.
        "Yo Eunmi ~" Sandeul menegur Eunmi seperti dia menegur kawan lelakinya. Aigooo ~
        "Annyeong Eunmi noona !" Gongchan dengan sikapnya yang comel menegur Eunmi.
        "Annyeong all. Park Eunmi imnida !" Eunmi berdiri dan memperkenalkan dirinya.

Eunmi's POV :

        "Hello Eunmi. CNU. Call me CNU." Lelaki yang bercermin mata bulat tersenyum kepadaku.

        "Annyeong Eunmi ! Baro imnida !!" Lelaki yang memiliki wajah yang comel pula menegur aku. Comelnye dia.

        "Hi Eunmi. Jinyoung imnida." Lelaki yang memilik senyuman yang paling cantik aku jumpa menghulurkan tangannya tanda dia ingin berkenalan dengan ku.

        "H .. Hi Jinyoung .." Aku menyambut huluran tangannya. Tiba tiba, kedengaran bunyi seseorang mengetuk pintu. Siapa pulak ?

        "Bomi, pergi buka pintu." Jaerin mengarahkan Bomi. Bomi hanya mengikut kata kakaknya.

        "Eunmi ~ Boyfriend kau dah datang ~" Bomi menjerit namaku. Boyfriend ?
TO BE CONTINUED ! *O* 

3 comments:

Diyana Ashari said...

siapa boyfriend dia ? cepat sambung XD !!

ddhil said...

mama~! siapa boyfriend BOMI ?! ehem ehem~ cepat sambung~!!! keke XD

joe. said...

@yyayya : Entah. Lols.
@Dhilah : Luls. Bukan boyfriend Bomi lah xD