Fake Love or True Love ? : 4 Dating Couple ?! [8]

Eunmi's POV :
              "Park Eunmi !!!!" Byunghun menjerit namaku. Byunghun nak buat aku mati cepat ke ? Nasib baik aku tiada penyakit jantung.
              "Lee Byunghun !!!" Aku menjerit balik nama dia. Terus aku ketawa mengekeh. 
              "Ape ?" soalnya.
              "Ape ?" Aku mengusiknya.
              "Park Eunmi !"
              "Lee Byunghun !" Aku mengusiknya sekali lagi. Hehe.
LJoe's POV :
              Amboi Eunmi. Kau nak usik aku eh ? Tiru ape yang aku cakap ? Fine. Let's the game start.
              "Kau gila." Aku memulakan permainannya.
              "Aku waras." Dia membalas.
              "Kau bodoh." 
              "Aku cerdik." Wahh. Dia masih tidak mahu mengalah ? Fine.
              "Kau gemuk."
              "Aku slim." balasnya. Eunmi, kau masih tidak mengalah ? Fine. Ayat ni pulak ~
              "Kau benci aku."
              "Aku sayang kau." Jawapannya membuat aku gelak.
Eunmi's POV :
              "Aku sayang kau." Terluncur ayat itu dari mulutku. Sayang dia ?
              "Owieeeee !" Aku segera menutup mulutku. Menahan malu. Omg. Kejam gila kau Byunghun.
              "Hahahahaha. Nerd loves the hottest LJoe. Hahahahaha." LJoe menggelakkan aku. Entah kenapa aku terasa akan ayatnya. Walaupun aku nerd, aku berhak untuk mencintai lelaki. Aku segera bangun dari tempat itu dan meninggalkan LJoe.
LJoe's POV :
              Er. Eunmi terasa ke dengan ayat aku tadi ? Mianhae Eunmi. 
              "Eunmi ! Mianhae ! Aku tak sengaja cakap macam tu. Maafkan aku !" Aku mendepakan tanganku di hadapannya tanda tidak membenarkan dia meninggalkanku. 
              "Go away you bastard." Eunmi membalas dengan renungan yang tajam. Aku berasa bersalah. Aku segera membuat muka comel di hadapannya.
              "Muka comel tidak boleh buat aku lembut hati." Eunmi membalas balik. Aku dah tahu. Dia ni pelik sikit. Muka aku yang comel, dia cakap tak comel. Sabar Byunghun.
              "Kau nak suruh aku buat apa ? Aku janji aku akan buat !" Aku berkata dengan bersungguh sungguh.
              "Hehe. Aku gurau je tadi, stupid LJoe !" Eunmi menjelirkan lidahnya dan mengusutkan rambutku. Aku ternganga melihat reaksinya. Dia ... pegang rambut aku ?! Tetapi .. entah kenapa. Aku dapat rasa semasa dia pegang rambut aku seperti dia membelai aku seperti mana ayah dan ibu aku selalu buat.
              "Eunmi !!!" Aku berpura pura marah dan memberikan pandangan maut.
Eunmi's POV :
              Omg. Aku TERpegang rambut dia. Jineul pernah cakap yang LJoe tidak suka sesiapa pegang rambut dia walaupun kawan baiknya tidak pernah sentuh rambutnya. Tindakan aku tadi secara refleks saja. Aku mengundurkan selangkah demi selangkah ke belakang. Byunghun sudah memberi pandangan maut.
              "M .. mianhae Byunghun !" Aku berlari daripada menjadi mangsanya nanti.
              "Yahh Park Eunmi ! How dare you touch my hair ?!" Byunghun mengejarku dengan sekuat hati. Aku mempercepatkan larianku tetapi ...
LJoe's POV :
               Aku mengejarnya secepat mungkin. Jaga kau nanti Eunmi. Semasa melihat dia mempercepatkan lariannya, terus aku cepatkan larianku juga. Sikit saja lagi, aku akan dapat si Eunmi dan ...
               "Gotcha you nerd !" Aku memeluknya sekuat mungkin dari belakang dan malang tidak berbau kami hilang imbangan dan ....
               "Aaaaaaaaaaaaaa !!!" jeritan Eunmi mengejutkan aku. Tanpa disedari, aku dengan Eunmi sedang berguling guling atas rumput sambil berpelukan. Selepas 3 minit berguling, akhirnya "gulingan" kami berhenti juga. Aku masih tidak melepaskan Eunmi.
              "Yahh ~ Lepaslah !" Eunmi menggigit tanganku.
              "Awwww ! Aku nak lepas dah ! Yang kau pergi gigit tu kenapa ?!" bentakku.
Eunmi's POV :
              Cermin mata dan penyanggul hilang ke mana ? Mata aku melilau mencari cermin mata dan penyanggulku. Mana "mereka" semua tu ?! Mata aku terus tertumpu di suatu spot. Cermin mata aku dah pe .. cah. Macam mane ni ?! Rahsia aku akan terbongkar !
              "Byunghun, cermin mata aku pecah dengan penyanggul aku hilang." bentakku.
LJoe's POV :
              Eh ? Hilang ? Aku terus memandang wajahnya. Wow. Rambut dia. Tak pernah sepanjang aku kenal dia, dia tidak pernah lepas rambut dia. Lurus dan cantik. Rambut dia serius cantik. Tetapi, kenapa dia macam nak sembunyikan wajah dia je ? Aku cuba untuk melihat wajah Eunmi tanpa cermin mata.
             "Yahhh ! Ape tengok2 ?! Cermin mata aku pecah tu !" Dia menunjukkan ke arah cermin matanya yang agak jauh dengannya. Eh, bukan ke dia rabun jauh ?
             "Eunmi ... Bukan ke kau rabun jauh ? Takkan kau nampak sejauh tu ?" soalku dengan perasaan penuh curiga., Dia masih menutup mukanya menggunakan rambut panjangnya itu. Grrr.
             "Cari jelah ! Banyak cakap pula kau ni !" jeritnya. Garangnya dia. Aku terus mencari penyanggulnya. Tetapi tiada. Mane lah kau penyanggul ~
             "Eun -" Aku menoleh ke belakang untuk bercakap dengannya tetapi dia sudah tiada. Dia tinggalkan aku macam tu je ? Gosh.
Tanpa mereka sedari, seseorang sedang menyaksikan kelakuan mereka sejak dari tadi lagi.
Bomi's POV :
              Aku memandang sapu tangan yang kecil berwarna biru itu dengan penuh kasih sayang. Ya. Sapu tangan ini milik lelaki pujaan hatiku selama ini. Kerana lelaki ini, aku menolak semua lelaki yang ingin berkenalan denganku termasuk Sungyeol, anak usahawan yang paling kaya di Korea. Aku mengeluh sendirian.
             "Bomi ..." Suara Jaerin unnie menyentakkan aku dari lamunan.
             "Jaerin unnie .." Aku segera memeluknya. Aku menangis teresak esak di bahunya. 
             "Kenapa kau tak luahkan isi hati kau pada Ricky ?" Soalan Jaerin unnie mengejutkan aku.
             "Kalau dia tak cintakan aku macam mana ? Buat malu jekan ?" soalku. Dia diam.
Jaerin's POV :
            Bomi. Dia cintakan Ricky si pelajar lelaki yang mengambil gelaran Lelaki Paling Comel daripada Baro. Bomi mula jatuh cinta terhadap Ricky sejak Ricky menolong Bomi semasa kemalangan kecil dulu.
Flashback     
Bomi's POV :
            Aku berlari lari untuk mendapatkan Jaerin unnie. Ada berita panas yang aku kena khabarkan kepadanya. Tetapi, malang tidak berbau. Semasa aku berlari, aku tersepak batu kecil dan jatuh tersembam.
           "Awwwwwww !!" Eh ? Kenapa aku tak rasa macam tanah je ? Aku membuka mataku perlahan lahan. Aku berada di dalam pelukan seorang lelaki. Omoo !
           "M .. mianhae ..." Aku merenggangkan pelukannya dan membetulkan uniform sekolahku.
           "It's okay. Becareful next time. Jangan lari lari. This is for you. Lutut awak nampak luka." Dia menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Dia ingin meninggalkanku tetapi aku menahannya.
           "Can I know your name ?" soalku.
           "Ricky and you Park Bomi. I knew it already. Bye Bomi !" Ricky berlari lari meninggalkanku. Dia kenal aku ke ? Wow. Kembang hatiku apabila dapat tahu dia kenal akan nama aku. Sapu tangannya aku pandang dan aku tersenyum sendiri.
End of Flashback      
Jaerin's POV :
            KRING KRING !! Loceng sekolah sudah berbunyi dan itu menandakan waktu sekolah sudah tamat. Pelajar juga sudah beransur pulang. Bomi kelihatan menyimpan sapu tangan milik Ricky di dalam poketnya. Aku kena buat sesuatu. Jumpa Deulie !
            Aku berjalan dengan Bomi menuju ke kelas Eunmi. Aku ingin meminta tolong dari LJoe dan Eunmi. Aku mengintai kelas Eunmi, nasib baik Eunmi masih ada.
            "Kau tunggu sini. Jangan ikut aku." Aku menyuruh Bomi menungguku di luar kelas. Dia hanya mengangguk tanpa banyak soal.
            Aku berjalan menuju meja Eunmi dan LJoe lalu aku menghentakkan tanganku atas meja LJoe.
            "Kau ni kenapa ?!" soal LJoe. Eunmi juga terkejut dengan tindakanku.
            "Aku nak minta tolong korang." jawabku. Straight to the point jelah Jaerin.
            "Tolong ape ?" tanya LJoe.
            "LJoe, kau boleh tak ajak Ricky ke Lotte World esok ? Please. Eunmi pun. Kau kena pergi jugak. LJoe pun. Kau pun turut kena pergi." Aku segera menyusun strategi.
Eunmi's POV :
             "Bomi suka Ricky ?" Aku jelas terkejut akan kenyataan yang baru disampaikan oleh Jaerin. Tak sangka Bomi suka budak comel macam tu. LJoe juga ternganga sampai tidak terkata apa apa. Jadi, Jaerin ingin menolong Bomi dan Ricky ? Aku pun kena turut serta sebab aku "teman wanita" LJoe. Sandeul dan Jaerin pun akan pergi bersama.
             "Jaerin ! Aku nak pergi jugak ! Please ! Dengan Jineul !" Suara Chunji merayu merayu membuatkan aku tergelak. Jineul hanya tersenyum kecil memandang teman lelakinya yang berperangai kebudak budakan.
             "Yela3. Korang boleh pergi. So, Sandeul dengan aku. Jineul dengan Chunji. Ricky dengan Bomi dan Eunmi dengan LJoe. 4 couple. Deal. Okay. Byebye !" Jaerin segera meninggalkan kami dan menarik tangan Bomi dan berlalu pergi. Bomi sempat melambaikan tangannya ke arahku. Aku membalas balik lambaiannya.

TO BE CONTINUED ! *o* DATING BABY ! Omooo ! LJoe baby ~♥   

6 comments:

nanajoe said...

kyaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ aku suka jerit2 ni . isk isk ;~~;

joe. said...

-__________- Kau memang. Puii -.-

Diyana Ashari said...

uwahhhhhhh ! Daebak ! " Yah Eunmi ! Nape nak sorokkan muka cantik kau tu ! Ish , buat Diyana marah jelah . " haha . Daebak Jojo :)

joe. said...

Hahahahaha. Ape lah Eunmi tu -.-'' Thanks :D

ddhil said...

kyaaaaaaaa!!!!!!!! mama ! sambung cepat~!!! LOL XD

joe. said...

Arasso xD