Fake Love or True Love ? : New Students ? Part 2 [19]

Siapa yang tak kenal Juliana or Minjung. Sila rujuk SINI dahulu ^^
Juliana's POV :

                "Han Minjung !!! Cepatlah !!! Takkan hari pertama sekolah kita dah ponteng kelas kot ?" jeritku sambil itu aku memakai sedikit bedak di muka ku. Aku menyelupkan tangan ke dalam beg sekolah, lantas menarik keluar sebatang lipbalm. Lipbalm itu aku pakaikan di bibirku. Setelah puas menilik muka ku di cermin yang besar di tandas, aku mengemaskan segala barang make-up aku ke dalam beg.

               "Minjung !!! Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku masuk dan heret kau keluar." Hilang kesabaran aku menunggu Minjung. Dia buat ape sampai berjam jam tu. Takkan tukar uniform pun lambat ? Aku melihat jam di tanganku. Okay. 15 minit lagi. Kalau dia tak siap lagi, aku akan tinggalkan dia sorang sorang.

                "Kejaplah Jue sayang ~" Suara Minjung kedengaran. Sayang ? Hish. Nak bodek aku lah tu.

                "Cepatlah weh. Takde sayang sayang." balasku. Aku menyilangkan kedua dua tanganku dan menyandarkan badanku pada dinding. Lambatnya si Minjung ni. Aku melihat lagi jam tanganku. Han Minjung, kau memang nak kena dengan aku.

                "Okay2. Dah siap. Jom." Minjung akhirnya keluar juga. Aku memandangnya dengan penuh rasa curiga. Kenapa dia lama sangat dalam tandas tu ? Dia buat apa ? Hmmmm ...

                "Kenapa kau lama sangat nak tukar uniform ? Kau tidur ke ape dalam tandas tu ?" soalku sambil itu aku mengusiknya sekali. Lagipun, si Minjung ni kaki tidur. Tak kira di mana dia berada dan kalau dia mengantuk. Ha, tidurlah dia. //LOL

                "Takdelah. Aku sakit perut tadi. Sebab tu lah lambat sikit tukar uniform. Berurusan dengan mangkuk tandas. Hehe." Minjung tersengih comel. Kawan baikku sejak di Amerika lagi ni, kalau dia sengih ke senyum ke ketawa ke mesti ramai tertawan. Lebih lebih lagi lelaki. Malangnya, si Minjung ni belum pernah terima mane mane lelaki dalam hidupnya. Dia kata pada aku yang dia sendiri yang akan cari cinta sejati dia. Begitulah katanya. Minjung ni pelik tapi sebab perangai pelik dia, aku sayang dia.

                "Sudah sudah lah marahkan aku. Aku lambat sikit je. Jom masuk kelas. Jue and Minjung, fighting !" jerit Minjung dengan kuat sambil itu dia mengepalkan buku limanya. Kami berdua melangkah keluar dari tandas sekolah itu dan menuju ke kelas baru. Agaknya, Yunyunn sekelas dengan aku tak ? Yunyunn, I'm back ...

LJoe's POV :

                Kelihatan, Eunmi, Chunji, Jineul dan CAP sedang berborak borak pasal pelajar baru. Apa yang hebat sangat pasal pelajar baru tu ? Sebab mereka tu perempuan ? Sebab mereka dari Amerika ? Huh. Aku menoleh ke arah Eunmi. Melihat Eunmi sedang bergelak tawa membuatkan hati aku dipaut rasa bahagia. Apakah maksud semua ni ? Aku menelan air liur melihat senyuman Eunmi yang menawan. Walaupun di mata orang, dia cuma seorang NERD tapi bagi aku di sebalik cermin mata besar itu, tersembunyinya rupa parasnya yang cantik dan menawan.

               Aku membaringkan kepala di atas meja beralaskan lengan. Belum sempat aku melelapkan mataku, ketua kelas sudah bersuara, mengarahkan para pelajar untuk memberi hormat kepada guru yang baru masuk. Ahhh. Sibuk je cikgu ni pun. Kacau aku masa aku mengantuk. Aku tidak mengendahkan mereka semua dan masih tetap dengan posisi yang sama.

               "Students, hari ni kita ada 2 pelajar baru. Kamu berdua, sila perkenalkan diri masing masing." Suara Cikgu Lee memecahkan kesunyian di dalam kelas. Lelaki bersorak dan bersiul siul. Kaum perempuan pula hanya diam. Kenapa ? Ahhh. Malas aku fikir. Aku cuba melelapkan mataku tetapi ...

               "Annyeong. Han Minjung imnida. Known as Minjung and please treat me well." Selesai sahaja pelajar baru di dalam kelas aku memperkenalkan diri, mula lah keluar suara suara lelaki. Tapi, suara perempuan ni kenapa comel je ? Tapi, suara Eunmi comel lagi. Hehe ... Yahh LJoe ! Kenapa dengan kau ni ? Asyik Eunmi je. Tsk tsk. Aku menggeleng gelengkan kepala dan sambung tidur. Tidur tidur ayam je padahal.

               "Annyeong. Juliana Lee imnida. Known as Julia. You better call me Julia or Jue. Thats all. Thanks."

               Nama penuh yang keluar dari mulut pelajar baru itu membuatkan aku tersentak. Nama tu ... Spontan aku bangun, duduk dengan tegak sambil mata terarah pada gerangan di hadapan kelas. Dengan niat mahu memeriksa sekiranya gerangan itu ialah orang yang amat aku kenali suatu ketika dahulu.

Juliana's POV :

               Selesai sahaja memperkenalkan diri, mata ku meliar liar mencari Yunyunn di dalam kelas baru aku ini. Mungkin Yunyunn berada di kelas sama dengan aku ke. Mata aku tiba tiba fokus pada lelaki yang tengah tidur atas meja beralaskan lengan dia tu. Secara tiba tiba, lelaki tadi bangun dan duduk dengan tegak. Sebaik sahaja melihat muka lelaki itu, mulut aku ternganga luas. Dalam hati, usah dikata. Gembira yang amat. Aku memberikan senyuman kepada lelaki yang aku maksudkan tadi.

               "Okay ... Korang berdua nak duduk di mana ni ?" soal cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Lee.

               "Saya nak duduk di tepi LJoe boleh tak cikgu ?" tanyaku sambil memandang tepat pada wajah LJoe. Aku menilik mukanya dengan teliti walaupun posisi aku dengan dia jauh. Aku masih ingat tahi lalat kecil di bawah mata Yunyunn. Tetapi, kenapa dia macam tak suka je aku pindah dekat sini ? Kenapa dia tak senyum pun pada aku ? Adakah sebab aku tinggalkan dia dulu ? Yunyunn, aku tak bermaksud nak hancurkan hati kau dulu. Aku ada sebabnya. Yunyunn, aku rindukan kau ...

Eunmi's POV :

               Eh, macam mana pelajar baru yang bernama Juliana ni kenal dengan LJoe ? Bukan ke dia baru je datang sini ? Dia kawan LJoe ke ? Perasaan risau menyelinap masuk ke dalam diri aku. Kenapa aku tiba tiba risau ni ? Tak ... LJoe aku punya ... Eh, LJoe dengan aku takde ape ape hubungan pun. Aku dengan dia cuma couple olok olok kan ? Tetapi, kalau perempuan tu girlfriend LJoe macam mane ? Lagi satu, kenapa dia nak duduk tepi LJoe ? Padahal banyak lagi tempat duduk yang kosong.

               "Yahh Eunmi. Kau ade pesaing nampaknya. Hahaha." Jineul menyiku aku dengan perlahan. Aku hanya merenung muka Juliana itu. Cantiknya dia. Rambut hitam panjang pulak tu. Hehe. Lebih kurang sama je dengan rambut aku. Cuma, aku tak lepaskan je rambut aku. Hehe. Pelajar yang rambut 'blonde' tu pun comel. Han Minjung. Hmmm, sesuai dengan watak dia yang ceria dan comel. Dia nampak friendly je. Juliana nampak lebih 'cool' sikit.

               "Okay Juliana. Sila duduk di tempat yang awak pilih. LJoe, treat her nicely." Cikgu Lee memberi amaran kepada LJoe. LJoe hanya mengangguk lemah. Kenapa dengan LJoe ?

               "Next ... Han Minjung ? Awak nak duduk kat mane ?" soal Cikgu Lee pada perempuan 'blonde' itu. Ramai pelajar lelaki mengangkat tangan mereka agar Minjung akan pilih duduk di antara mereka semua.

               "Saya nak duduk di tepi dia tu." Minjung menunjukkan ke arah aku. Dia nak duduk tepi aku ?!
               "Okay. Park Eunmi, raise your hand. Minjung, sila duduk tempat awak." Cikgu Lee memberikan arahan. Minjung mula melangkah ke arah meja aku dan Jineul. Harap harap Minjung tak sombong dengan aku.

               "Annyeong Eunmi ! Minjung imnida !" Minjung tersenyum dan menghulurkan tangannya padaku tanda dia ingin berkawan dengan aku.

               "A ... annyeong Minjung ! Eunmi imnida." kataku lalu menyambut huluran tangannya. Dia tersenyum dan dia segera berpaling ke arah Jineul pula dan mereka pula saling tegur menegur dan berkenalan. Fuhhh. Nasib baik Minjung tak sombong.

LJoe's POV :

               Okay LJoe. Kau kena tenang dan rileks okay. Kau buat tak tahu je dekat Julia ni. Dia cuma kisah silam kau. Kenapa dia muncul balik dalam hidup aku ? Juliana Lee, perempuan yang pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dahulu. Dia cinta pertama aku. Ya. Dia cinta pertama aku. Setelah dia tinggalkan aku, Bora pula datang menggantikannya. Selepas sahaja perangai Bora terbongkar, aku keseorangan lagi.

               Kenapa Julia datang ? Kenapa ? Takkan demi aku kot ? Dia nak teruskan hubungan aku dengan dia yang sudah lama terkubur itu ? Tapi ... Eunmi ... Aku tak sanggup kecewakan dia ...

               "Yunyunn-ahh ..." Panggilan tu menyetakkan lamunan aku. Yunyunn ? Hanya Julia memanggil aku sebegitu. Terasa bahuku digoncang oleh seseorang.

               "Yunyunn .. Are you okay ?" soal Julia. Dia masih memegang bahu aku. Kenapa aku tidak boleh pandang mata dia ? LJoe, sedar sikit. Kau dah ade girlfriend. Seluruh sekolah dah tahu yang kau sekarang bercinta dengan Eunmi. Tapi, Eunmi cuma girlfriend olok olok aku je ?

                   *LJoe, kau cintakan Eunmi kan ?*
             
               "Yunyunn ? Yunn ?" Julia memanggilku berkali kali.

               "Ape kau nak ?" balasku dengan suara yang keras.

               "Nana rindukan Yunn .." Tersentak aku apabila ayat itu terkeluar dari mulut Julia.

               "Aku tak rindukan kau pun. Buat ape kau datang sini ?" soalku. Kejamkah aku ?

               "Nana masih cin-" Belum sempat Julia menyudahkan ayatnya, loceng sudah berbunyi. Recess time ! Aku tak perasan pun yang kelas dah habis. Tsk. Semua ni pasal Nana. Err. Nana ... Nama manja yang pernah aku panggil suatu masa dahulu.

               *KRINGG KRINGG* 

               Aku segera angkat punggung. Tidak betah lagi untuk terus duduk di tepi Julia. Dia kisah silam aku. Ya. Kisah silam. Aku berjalan ke arah Eunmi yang sedang tekun menyalin nota.
             
               "Eunmi ! Kita nak makan ape ?" soalku sebaik sahaja aku melabuhkan pinggul di tepinya.

               "Jangan kacau aku lahh. Aku nak salin nota ni." balas Eunmi tanpa memandangku. Hish perempuan ni. Selalu je tolak pelawaan aku.

               "Jom lah Eunmi. Eunmi Eunmi Eunmi ~ Eunmi ~" Aku memanggilnya lagi. Hehe.

               "Eunmi ! Jom makan ! Nanti aku kenalkan Juliana pada kau nak ?" Suara perempuan mana pulak ni ? Aku berpaling ke arah pemilik suara yang memanggil Eunmi tadi. Han Minjung ? Kacau betul dia tu.

               "Okay !" Eunmi terus bersetuju dan beredar besama Minjung meninggalkan aku yang terkebil kebil memandang mereka. Park Eunmi, nahas kau nanti.

Eunmi's POV :

               "Eunmi ! Kita nak makan ape ?" Tersentak aku apabila LJoe menegurku.

               "Jangan kacau aku lahh. Aku nak salin nota ni." balasku dengan keras. Kenapa jantungku berdegup dengan kencang ? Eunmi, kau tak sihat ke ? Aku menggelengkan kepalaku perlahan lahan dan sambung menyalin nota yang diberi Cikgu Lee tadi.

               "Jom lah Eunmi. Eunmi Eunmi Eunmi ~ Eunmi ~" panggil LJoe. GOD. LJoe memang sengaja nak cari nahas dengan aku. Sengaja keluarkan suara comel dia tu. Tenang Eunmi. Jangan gelabah.

               "Eunmi ! Jom makan ! Nanti aku kenalkan Juliana pada kau nak ?" Akhirnya, ada jugak penyelamat aku. Han Minjung tersengih comel. Comelnya Minjung. Juliana ? Dia nak kenalkan aku pada Juliana. Hmm.

               Jineul, Chunji dan CAP sudah beredar meninggalkan aku tadi. Mereka kata mereka lapar sangat. Tiba tiba aku rindukan Jae Rin dan Bomi. Kumpulan B1A4 juga. Mane lah mereka ?
               
               "Okay !" Aku terus bersetuju. Tanpa memandang muka LJoe, aku meninggalkannya bersama Minjung dan berjalan menuju meja Juliana. 

Juliana's POV :
               Kenapa LJoe terus tinggalkan aku ? Kenapa LJoe nampak baik je dengan budak nerd tu ? Kenapa LJoe sentiasa senyum bila bersama dengan budak nerd tu ? Takkanlah budak nerd macam tu saingan aku ? LJoe punya taste dah 'low' ke ? Huh.
               "Jue !!" Aku terus tersedar dari lamunan aku bila terdengar suara Minjung memanggilku. Aku berpaling dan melihat budak nerd tu berjalan bersama Minjung menuju meja ku. 
               "Minjung ~ Siapa dia ni ?" Aku merenung tajam mata budak nerd tadi. Kau nak jadi saingan aku ? Huh. Dasar perempuan tak sedar diri.
               "Dia kawan baru aku ! Nama dia Park Eunmi. Eunmi, ni lah kawan aku di Amerika. Juliana." Minjung memperkenalkan Eunmi padaku. Han Minjung, siap kau nanti. 
               "Ohh. Hello Eunmi." balasku tanpa memandangnya. 
Eunmi's POV :              
               "Ohh. Hello Eunmi." balas Juliana.               
               Okay. Jelaslah bahawa Juliana tak suka kawan dengan aku. Tapi kenapa ? Minjung elok je kawan dengan aku. Aku ade buat salah ke ? Pelbagai soalan masuk dalam fikiranku.

               Tiba tiba, tangan kanan aku ditarik oleh seseorang. Aku memandang pemilik tangan itu. Lee Byunghun.

               "Jom Eunmi." LJoe segera menarik tangan aku dan beredar meninggalkan kelas. Aku hanya mengikut LJoe.

               LJoe membawaku ke tempat rahsia kami. Ya. Di bawah pokok besar ini. Aku segera duduk di bawah pokok besar. LJoe turut melabuhkan punggungnya di tepiku.

               "Eunmi, kau jangan fikirkan sangat perangai Nana tadi." kata LJoe. Nana ? Siapa Nana ? Juliana ke ? Kenapa LJoe panggil Juliana sebagai Nana ?

               "S-siapa Nana ?" tanyaku memandang tepat wajah LJoe.

               "Er .. Juliana maksud aku." balas LJoe. Betul lah sangkaan aku tadi. Juliana tu Nana.

               "Kenapa kau panggil dia Nana ?" soalku lagi. Perasaan iri hati pada Juliana menyelinap masuk ke dalam diriku.

               "Dia sebenarnya ex girlfriend aku ..." jawab LJoe dengan lemah.

               "EX GIRLFRIEND ?!" Mata aku terus jadi O.O Juliana ex girlfriend LJoe. Dia pindah sini nak kembali pada LJoe ke ?

               "Ohh. So, dia nak kembali pada kau lah ?" Perlahan suaraku menahan getar.

               "Entahlah. Tapi aku takkan kembali pada dia sebab aku ade kau !" Spontan LJoe menjawab. Jawapan dia buat aku terkedu. Sebab ade aku ? Apakah maksud LJoe sebenarnya ? Aku memandang wajah LJoe. Dia mendongak kepalanya memandang awan awan di atas. LJoe, maksud kau ape ?

Juliana's POV :

               Aku dan Minjung berjalan menuju ke kafeteria. Aku dengan sikapku yang cool dan tidak hiraukan orang lain dan Minjung dengan sikap happy go lucky. Ramai pelajar yang merenung kami berdua. Macamlah kami berdua ni pakai baju terbalik.

               "Jue ! Kita duduk kat situ lah." Minjung menarik tangan aku dan menuju ke meja yang diduduki oleh 2 pelajar perempuan.

               "Annyeong. Boleh kami duduk di sini ?" soal Minjung kepada mereka berdua.

               "B-boleh. Silakan." salah seorang daripada mereka menjawab. Aku terus duduk dan membuka plastik roti dan mengunyah roti itu perlahan lahan.

               "Nama aku Han Minjung. Ni Juliana. Nama korang ?" Minjung dah mula dah nak buat kawan. Dia ni tak cukup ke kawan dengan aku je ? Kalau boleh, semua orang dia nak tegur. Hish.

               "Aku Park Rin Na."

               "Aku Son Fei Ra." Perempuan di sebelah Rin Na memperkenalkan dirinya.

               "Okay. Korang berdua umur berape ?" soal Minjung lagi.

               "16 tahun. Kau ?" Perempuan yang bernama Rin Na tadi menyoal Minjung pula. Kawannya pula senyap sahaja. Huh.

               "17 tahun. Hehe." jawab Minjung.

               "Ohh. Okay."

Minjung's POV :

               Aku dapat ramai kawan baru hari ni ! Yeay ! Mula mula, Eunmi, Jineul, Rin Na dan Fei Ra. Keke. Nasib baik mereka peramah dan tidak sombong dengan aku. Walaupun ramai anggap Juliana sombong tetapi aku tetap sayang dia dan cuma aku sahaja yang faham sikap dia yang sebenar.

               Tiba tiba ...

               "RIN NA !!! FEI RA !!!" Suara perempuan menjerit jerit membuatkan aku dan Juliana terkejut. Suara perempuan mane tu ? Aku berpaling dan melihat seorang perempuan yang badannya kecil molek berlari menuju meja kami. Siapa dia ?

               "Lily !!" Rin Na melambaikan tangannya. Nama dia Lily eh ?

               "Eh, aku kacau korang makan ke ?" soal Lily.

               "Tak pun. Lily, ni Minjung dan tu Juliana. Korang, ni Lily. Kawan aku dengan Fei Ra." Rin Na memperkenalkan Lily kepada aku dan Juliana.

               "Korang berdua yang dari Amerika tu kan ?!" laung Lily. Bergema suaranya di kafeteria itu.

               "Err. Yeahh." jawabku.

               "Kyaaaaaaaaaaaaaaa !! Eh btw, Rin Na ! Esok Woolim Academy High School nak datang sekolah kita ! Esok kan Hari Sukan sekolah kita. So, kumpulan TEENTOP ada perlawanan bola tampar dengan kumpulan INFINITE dari sekolah Woolim. Kau nak tahu tak perasaan aku sekarang ? Aku gembira sangat sangat !" Lily melompat kegembiraan.

               Infinite ? Teen Top ? Siapa mereka semua tu ?

               "Mestilah kau gembira sebab kau nak jumpa Sungyeol kan ?" Rin Na mengenyitkan matanya.

               Siapa pulak SUNGYEOL ?!
Sesiapa yang masih keliru siapa Lily, Rin Na, Fei Ra dan Infinite. Sila rujuk SINI. Idea credit to Nana and Whoopers yang banyak membantu aku. *bow* 

31 comments:

nanajoe said...

juliana -..-
tsk . sambung jo

Aff_KS said...

Bestttttt, Jojo cepat sambunggggggggg~ Btw, aku tahu LJoe suka Eunmi :3

Adelina Amin said...

Jojo ~ sambung cepat . lol , best-2 haha Ada Infinite nanti Kyaaa , TeenFinite <3

anishiya にズき said...

Aaaaaaaa~ Da macam sekolah whoopers dah AHHAHA

-darla unnie-

ddhil said...

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sambung lagi ! Lagi ! Lagi ! Lagi ! <3

AmiraShahira said...

aaahhh,, sumpah best !! tolong sambung cepat wahai bini L.Joe yg baik hati.. *wink3*

x said...

WEIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII .
AAAAAAAAASDFGHJKL .
WEHHH JO , LJOEEEEE TU BAIKNYAAAA DIAAAAAAA . AKU JATUH CINTA DENGAN SIKAP DIAAAAAAAAAA ._.
SAMBUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGG CEPATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT !

joe. said...

@Nana L.Joe HAHAHAHA. Okay. Thanks baca Na ~ ^^

joe. said...

@Aff_Fishy HAHAHA. Yelah3. Thanks Aff ^^

joe. said...

@Adelina Amin TEENFINITE FTW !!! XD Thanks bace Elin ^^

joe. said...

@anishiya にズき HAHAHAHA. Thanks bace unnie ^^

joe. said...

@Dhilah_Woohyun Okay2. Thanks btw ^^

joe. said...

@MiraWook LOL. Okayyyyy XD Tenkiuu !! ;D

joe. said...

@Nurd Cullen' Kau -.- FF je ni. Di realiti pun dia baik XD Lol. Okayy. Thanks Nad ^^~

Diyana Ashari said...

Gosh , naik keliru baca ni . Terfikirkan FF nana bila baca FF Jojo . Fulamak . Dua - dua dahlah ada L.Joe & Jojo . Fuhh , naik gila . Oh btw , SAMBUNG CEPAT !!

joe. said...

@Diyana Ashari Lol. Thanks btw <3

Nabihah Said said...

annyeong , new reader :D best sesangat . update update update update ~~ hehe

joe. said...

@byhahsaid Hello ^^ Okayy ;D Btw, Thanks ♥

Anonymous said...

Best lew~ Anyway,akak guna font ape ek? :)

joe. said...

@Anonymous Thanks ^^ Font trebuchet ms ;D

Miera Fiera said...

Warh!! Bestnyer sambung pls2 unnie pls2 smbg

Gizloe said...

;AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa; Besttttttttttttttt. Sambung~ Bola tampar? Infinite? Teen top? ;AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA; SAMBUNG

joe. said...

@Miera Fiera Okayy ;D Thanks <3

joe. said...

@Mazo Ken Lol. Okay2 Tenkiuu btw ♥

SunYeon said...

sambungggggggggg unnie :D

alifah ilyana said...

bez!!!!!!!!!!!! sambung cpat skit!! dah x sbar ney!!!

Aze Alia said...

New reader :) Update soon!

NARA ZULKIFLI said...

New readers !^^ Best sgt ! Sambungg....

Kyungie said...

sambung sambung XD

Aiyunie said...

unnieeeeeeee! sambunggggggggggggggggg! <3 XD

Anonymous said...

samb0ng cpt~! x sbr nk bce lgi nih X)