Fake Love or True Love ? : Just For You [17]


P/s : Sorry kalau lagu tak sesuai tapi aku suka gila lagu ni sekarang lol -.-' Btw, chapter ni agak panjang. Sorry kalau boring. Aku dah cuba sedaya upaya buat best :B ♥
Author's POV :

                    Eunmi bangun awal awal pagi seperti biasa untuk menyediakan sarapan untuk neneknya. Dia mengenakan uniformnya dan segera mencapai cermin matanya yang besar itu. Eunmi memandang sekilas ke sekitar penjuru bilik, sebelum mahu beredar keluar. Kemudian, matanya pandangannya terpaku pada seutas rantai di atas meja soleknya. 
Eunmi's POV :
                    Aku berjalan menuju meja soleknya yang terletak di tepi almari pakaianku. Aku tersenyum memandang rantai itu. Rantai itu mengingatkan aku kenangan bersama LJoe kelmarin. Sejujurnya, aku rasa selamat berada di sisinya. Geli hati aku kalau teringat gelagatnya semalam semasa memakai cekak bunny itu.
                   Aku memakai rantai itu di leher ku. Aku segera mencapai beg sekolahku dan beredar keluar dari bilik. Aku berjalan menuju ke arah halmeoni yang sedang duduk di atas kerusi sambil baca suratkhabar.
                   "Halmeoni ~" Dengan selamba aku duduk di tepi halmeoni. Dia meletakkan surat khabar yang dibacanya sebentar tadi di atas meja.
                   "Kenapa halmeoni tengok gembira semacam je ? Ade ape ape ke ?" Soalan halmeoni membuatkan aku tersentak.
                   "Takde ape ape lah. Tak boleh ke Eunmi gembira ?" balasku sambil tersengih.
                   "Hahaha. Yelah yelah. Bila nak pergi sekolah ni ? Nanti lewat." Aku terus tersedar selepas dengar kata kata yang keluar dari mulut halmeoni. 
                    "Lewat sikit je, Eunmi belum buat breakfast favourite halmeoni. Hehe. Kejap." Aku segera bangun dengan niat untuk menyediakan breakfast halmeoni seperti selalu yang aku buat untuknya.
                    "Eh, tak payah buat. Halmeoni dah kenyang. Tadi, Jineul datang. Dia nak jumpa Eunmi, tapi Eunmi still tidur. Jadi, halmeoni ajak dia sembang sembang lepas tu Jineul terfikir nak buat breakfast untuk halmeoni." Jelas halmeoni.
                    "Jineul ? Halmeoni tak suka ke breakfast Eunmi buat ?" Aku memuncungkan bibirku pura pura merajuk. Jineul ... Kau datang rumah aku tapi tak cakap dengan aku pun.
                    "Hahaha. Dah2. Tak payah muncung2. Masakan Eunmi paling halmeoni suka. Pergi sekolah cepat." Halmeoni tergelak kecil sambil menggeleng gelengkan kepalanya.
                    "Hehe. Okay ! Annyeong halmeoni !"
                    "Kejap !" Jeritan halmeoni membuatkan langkahku berhenti. Kenapa ?
                    "Kenapa halmeoni ?" soalku.
                    "Cantiknya rantai ni. Bunny ? Sejak bila Eunmi suka bunny ? Halmeoni tak pernah tengok pun rantai design Bunny sebelum ni ?" soal halmeoni lagi.
                    "Err. Kan semalam Eunmi keluar dengan kawan, selepas tu ada jualan murah, then Eunmi ternampak rantai ni. Lagipun murah je. Eunmi pun beli lah." bohongku. Mianhae halmeoni .. Sejak bila aku jadi pembohong ni ?
                    "Ohh. Eunmi nampak comel pakai rantai ni. Dah2. Pergi sekolah." Halmeoni tersenyum. Aku melangkah keluar dari rumah dengan senyuman yang lebar.
                      Di TOP Academy High School ...
LJoe's POV :
                    Aku menunggu Eunmi di depan pintu pagar sekolah. Entah kenapa sejak di rumah lagi, aku tak sabar ingin berjumpa dengan Eunmi. Memori bersamanya kelmarin akan aku ingati sampai bila bila. Pertama kali dalam sejarah hidup Lee Byunghun iaitu memakai cekak Bunny demi melihat senyuman seorang perempuan yang disayangi. Kejap .. disayangi ? Aku sayang Eunmi ? 
                    "Yahh Byunghun !" suara itu menyentakkan aku daripada lamunan yang karut itu. Aku menoleh ke arah pemilik suara itu. Oh, Eunmi. Dia berpakaian seperti biasa. Cermin mata besar, uniform sekolah yang besar, rambut yang diikat pony tail. Gosh. Eunmi, kau tak pandai ke hal hal fashion ? Kelmarin bukan main cantik gila kau. Oh ye aku lupa. Kelmarin dia cantik disebabkan Jineul yang makeover dia.
                    "Hello ?" Eunmi melambai lambai tangannya. 
                    "Ye ye. Hello hello. Jom masuk." Dengan selamba aku menarik tangannya dan berjalan masuk ke dalam sekolah. Seperti biasa, jeritan kaum perempuan dan bisikan mereka kedengaran. Perempuan memang suka mengumpat ke ? Aku sendiri tak faham. 
                    "Annyeong Eunmi !" Suara Jineul kedengaran dengan JELAS dan KUAT. Aku menoleh ke arah Jineul. Chunji juga ada di sisi Jineul.
                    "Annyeong Jineul !" balas Eunmi sambil tersenyum. Aku akui yang senyuman dia memang boleh buat aku gila. Gila ? Byunghun, kau suka Eunmi ke ? 
                    "Eunmi !! Comelnya rantai bunny ni !! Kau beli bila ?!" Jineul menjerit lagi. Perempuan ni asyik menjerit je. Eh ? Bunny ? Rantai ? Aku memandang leher Eunmi. Ya, dia pakai rantai yang aku berikan untuk dia semalam. Entah kenapa, terbit rasa bahagia dalam diriku melihat Eunmi memakai rantai itu di lehernya.
                    "Aku .. aku .. beli semalam." Jawapan yang keluar dari mulut Eunmi boleh buat aku sakit jantung. What ?! Dia beli ? Kenapa dia cakap macam tu ? Aku yang belikan untuk dia.
                    "Ohhh. Eh, aku dengan Chanhee pergi dulu. Byebye !" Jineul menarik tangan Chunji dan segera beredar meninggalkan kami berdua.
                    "Bye LJoe dan Eunmi !" ucap Chunji sebelum meninggalkan kami.
Eunmi's POV :
                    Selepas Jineul dan Chunji meninggalkan kami, aku segera berjalan tanpa menghiraukan LJoe di belakang. Nanti aku terlepas kelas English pulak kalau stay lama lama dengan LJoe.
                    "Yahh Park Eunmi !!" LJoe menjerit nama aku dengan kuat. Kenapa dengan dia ni ? Bad mood tiba tiba je ? 
                    "Ape dia ?" Aku memberhentikan langkahku dan memandangnya.
                    "Kenapa kau cakap dekat si Jineul yang kau beli rantai ni ? Aku yang belikan untuk kau. Kau dah hilang ingatan ke ?" Soal Byunghun secara bertubi tubi.
                    "Eh ? Aku ingat ke kau marah kalau aku beritahu Jineul dengan Chunji yang kau belikan untuk aku. Nanti kecoh satu sekolah. Aku yang susah kan ? Kau tak susah pun sebab kau popular di sekolah ni." Spontan aku membalas.
LJoe's POV :
                    Jawapan yang keluar dari mulut Eunmi membuatkan lidahku kelu. Kenapa aku tak suka cara pemikiran dia macam tu ? Dia kan teman wanita aku so orang lain tak boleh ... Eh kejap. Dia bukan teman wanita aku. Aku menggelengkan kepalaku tanda semua ni tak betul.
                    "LJoe ? Kau okay tak ?" Eunmi menyoal sambil memandang mataku. Aku memandangnya tanpa berkelip. Matanya yang bulat itu menggetarkan perasaan aku.
                    "LJoe ! Kita dah lewat ni ! Kelas English dah nak mula ! Nanti Cikgu Yoon mengamuk." Eunmi memarahi aku. Aku terus meletakkan jari telunjuk aku ke bibirnya tanda menyuruhnya berhenti bercakap.
                    "Okay tapi kau kena janji dengan aku yang kau akan jaga rantai ni elok elok. Kalau rantai ni hilang, nahas kau aku kerjakan. Faham ?" Dengan spontan aku menghulurkan jari kelingking aku.
                    "Fine. Aku akan jaga rantai ni macam aku jaga nyawa aku. Okay ?" Jari kelingkingku dikaitkan dengan jari kelingkingnya. Aku tersenyum kecil.
-----------------------------------------------------------------------
                    Tanpa disedari ... seseorang sedang menonton aksi mereka sejak dari tadi lagi.
-----------------------------------------------------------------------
Eunmi's POV :
                    Akhirnya, bunyi loceng tanda rehat sudah kedengaran. Aku menarik nafas lega. Kelas English boring hari ni. Cikgu Yoon hanya membebel sepanjang kelas English berlangsung. Aku menoleh ke tepi untuk memandang LJoe. Eh, mane dia ?
                    "Chunji, mane LJoe ?" soalku pada Chunji yang sedang berborak dengan Jineul.
                    "LJoe ? Dia pergi tandas kejap." Aku mengangguk angguk tanda faham. 
                    "Eunmi ahh ! Aku dengan Chunji nak ke library kejap. Takpe kan kau seorang je ?" soal Jineul.
                    "Ohh. Aku okay je. Byebye." Dengan spontan aku menjawab. Jineul dan Chunji beredar meninggalkan kelas. Aku membaringkan kepala ke atas meja beralaskan lengan. Belum sempat aku memejamkan mata aku, seseorang datang mengacau aku.
                    "Woi Park Eunmi !" Jeritan yang agak kurang ajar itu mengejutkan aku. Aku mengangkat kepalaku untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil aku macam tu. 
                    "Ape kau nak ?" soalku pada Bora dan Hyorin yang berada di tepinya itu. 
                    "Cantik rantai kau. LJoe bagi ke ?" soal Bora dengan sinis.
                    "Aku beli sendiri. Kenapa ?" bohongku. Belum sempat aku larikan diri, Hyorin memegang kedua dua lengan aku dengan kuat. Aku tidak berdaya untuk melepaskan diri daripada genggaman tangan Hyorin yang erat itu. 
                    "Hahahaha. Aku tahu LJoe yang beri rantai ni untuk kau. Tak payah tipu aku. Tsk tsk tsk. Rantai ni sesuai dipakai oleh perempuan yang cantik, bukan macam kau. Nerd macam ni !" Bora menengkingku dengan kuat. 
                    Hanya sedikit sahaja pelajar dalam kelas sekarang, jadi tiada siapa nak tolong aku. Oh wait. Kalau ramai pun, memang tiada siapa akan tolong aku. Semua benci aku kecuali Jineul, Chunji, Park's siblings dan B1A4. Jaerin, Bomi dan kumpulan B1A4 takde hari ni sebab mereka ade kerja sikit.
                    Bora merampas rantai yang diberi oleh LJoe dengan kasar. Kesakitan yang terasa di leher, aku tidak pedulikan. Aku merenung tajam ke arah Bora. Aku cuba melepaskan diri daripada Hyorin tetapi tidak berjaya.
                    "Yahh Bora ! Bagi balik rantai aku tu !" Aku menjerit dengan kuat. Bora hanya tersenyum memandang rantai itu. Macam mane kalau dia buang rantai tu ? Nanti LJoe marah aku. Aku dah janji nak jaga rantai tu macam aku jaga nyawa aku sendiri.
                    "Nak ke ? Nah, ambil lah kalau nak." Belum sempat aku merampas balik rantai itu daripada tangan daripada Bora, dia dengan pantas mencampakkan rantai itu keluar tingkap. Terkedu aku akan tindakannya yang agak melampau itu.
                    "Kenapa kau benci sangat dengan aku hah ?!" Aku menjerit dengan kuat dan merenung tajam ke arah Bora dan Hyorin. Mereka hanya ketawa memandangku. 
                    "Sebab ... kau RAMPAS LJoe daripada Bora !" Hyorin menolak badanku dengan kuat. Nasib baik aku tidak jatuh. Sebelum mereka beredar meninggalkan aku, Bora sempat membisikkan sesuatu kepadaku ''Kau jangan harap boleh dapat LJoe aku, PEREMPUAN BURUK !". Apa hak mereka sampai sanggup menghina aku sampai macam tu ? Salah ke kalau aku buruk ? Bora dan Hyorin terus beredar meninggalkan aku.
                    Selepas Bora dan Hyorin beredar, aku segera keluar dari kelas dan berlari menuju ke belakang sekolah di mana tempat rantai itu dibuang. Sampai sahaja di tempat rantai yang diberi LJoe itu dibuang, aku melipatkan lengan baju uniform aku ke atas. 
                    Terbongkok bongkok aku mencari rantai itu di dalam semak yang tebal ini. Aku tidak menghiraukan luka luka yang muncul di lengan dan kaki aku. Benda yang ada di fikiran aku sekarang ialah  rantai itu dan reaksi LJoe kalau dia dapat tahu aku tidak menjaga rantai itu dengan baik.
                    Aku luangkan 1 jam lebih untuk mencari rantai bunny tu dalam semak yang tebal ini tetapi aku masih tak jumpa rantai itu. Kelas Mathematics iaitu subjek terakhir untuk hari ni aku sudah ponteng demi rantai itu. Pertama kali aku ponteng kelas sepanjang hayat aku ini.
                    "Mana rantai tu ?!!"
LJoe's POV :
                    Aku memandang tempat duduk Eunmi. Kosong. Mana perempuan tu ? Dia okay je kan ? Ini kali pertama dia tak masuk kelas. Selama ni, dia seorang sahaja pelajar yang tidak pernah ponteng kelas. Aku mencuit bahu Jineul.
                    "Yahh yahh ! Kenapa kau cuit bahu my baby Jinnie ?!" Chunji menolak tangan aku. Lelaki ni cemburu ke ? Aku cuit je. Bukannya melebih lebih sangat. 
                    "Aku nak tanye Jineul kenapa Eunmi tak masuk kelas je. Yang kau marah sangat tu kenapa. Cemburu ke ? Aku taknak pun Jineul. Jangan risau. Aku takkan rampas teman wanita kawan aku. Aku kan sayang kau." Selamba sahaja aku membalas.
                    "Kekekeke. Ni aku sayang kau ni." Chunji menjawab. 
                    "Yahh Jineul." Aku memanggil Jineul. Jineul segera menoleh ke arahku dan mengangkat sebelah keningnya.
                    "Mane Eunmi ?" Soalku dengan suara yang perlahan. Nanti Cikgu Kim dengar pulak.
                    "Aku tak tahu. Dia tak beritahu kau ke dia pergi mane ?" soal Jineul balik.
                    "Kalau aku tahu, aku takkan tanya kau. Huh." Tergeleng geleng aku dibuatnya. Kelas Mathematics berjalan seperti biasa tetapi bagi aku, kelas ni sangat berbeza kalau takde suara Eunmi yang selalu bertanya kepada cikgu.
                    Akhirnya ... Berakhir sudah waktu persekolahan hari ni tetapi yang paling buat aku risau sekarang Park Eunmi tak masuk kelas sejak dari tadi lagi. Beg sekolahnya pun masih ade. Semua pelajar berangkat pulang. Aku segera bangun dengan niat untuk mencari Eunmi. Perempuan tu tak habis habis buat aku risau. Aku berjalan menuju ke arah tempat duduknya lalu mengemaskan buku bukunya dan masukkan ke dalam beg sekolahnya itu.
                    Selesai sahaja aku mengemaskan barang barangnya, belum sempat aku keluar dari kelas. Mata aku tertumpu pada kelibat seseorang yang amat aku kenal di luar tingkap sekolah. Hampir terkeluar biji mataku melihat PARK EUNMI sedang terbongkok bongkok mencari sesuatu. Apa yang dicarinya ?
                    Aku segera mencapai beg sekolah aku dengan beg sekolahnya dan berlari menuju ke belakang sekolah. Perempuan tu buat apa dekat belakang sekolah ? Dalam semak yang tebal pulak tu. Eunmi Eunmi, kau memang selalu buat aku risau.
                    Sampai sahaja di belakang sekolah, kelihatan Eunmi masih terbongkok bongkok mencari sesuatu. Wajahnya kelihatan gelisah dan penuh dengan kerisauan. Kenapa dengan dia tu ?
                    "Yah Park Eunmi !" jeritku dengan kuat kerana jarak kami agak jauh. Dia sekarang dalam semak. Aku di luar semak. Dia segera berdiri tegak sejurus sahaja dengar namanya dipanggil. Aku tergelak kecil. Comel je perempuan ni.
                    "Byunghun ? Kau buat ape kat sini ? Macam mane kau tahu aku ade kat sini ?" soalnya.
                    "Kau buat ape kat sini ? Terbongkok bongkok je aku tengok ?" soalku balik.
                    "Errr. Takde ape ape. Kau balik lah dulu." balas Eunmi. Macam tu je dia halau aku balik ?
                    "Kau cari ape ? Boleh aku tolong." Aku menawarkan pertolongan. 
                    "Tak payah lah. Kau balik je." Eunmi membalas dengan selamba dan meneruskan percariannya. Dia cari ape sampai macam tu ? Penting sangat ke benda tu ?
                    Tiba tiba ...
                    "Ouchhh !!" Eunmi tiba tiba mengerang kesakitan. Aku segera berlari mendapatkannya.
Eunmi's POV :
                    Aduhh. Terkena duri pulak dah. Aku mengerang kesakitan. Ahhh. Darah pun sudah keluar. Park Eunmi, kenapa kau ni cuai sangat ? Tak boleh ke kau hati hati sikit ?
                    "Yahh ! Kau tak ape ape ke ?" LJoe segera memegang tangan aku dan memeriksa tangan aku.
                    "Kau okay tak Eunmi ?" soal LJoe. 
                    "Aku okay je. Aku nak cari sesuatu ni. Kau balik lah dulu." Aku menarik balik tangan aku daripada pegangan tangan LJoe. Darah yang mengalir aku tidak pedulikan. 
                    "Kau cakap kau okay ? Darah mengalir macam tu pun kau cakap kau okay ? Kenapa kau cuai sangat ?! Tak boleh hati hati ke ?!" marah LJoe. Kenapa dengan LJoe ni ? Terlebih caring ke ?
                    "Aku tak suruh kau pedulikan aku pun ! Kenapa kau ni lebih lebih pulak ?!" balasku dengan perasaan bengang. Masalah pertama ialah rantai tu then sekarang si LJoe pulak.
                    "Aku risaukan kau ! Dari tadi lagi aku risaukan kau !" LJoe menjerit. Jawapannya buat aku tergamam. LJoe menarik tanganku dan dia mengeluarkan sapu tangannya dari poket seluarnya dan membalut lukaku. Aku melihat mukanya. Mukanya kelihatan penuh dengan kerisauan. Betul ke dia risaukan aku ?
                    Selesai sahaja dia membalut luka aku, keadaan antara aku dan LJoe menjadi 'awkward'.
                    "Kau cari ape sebenarnya ?" soal LJoe lagi.
                    "Kalau aku cakap, kau jangan marah ?" Aku memandangnya. LJoe mengangguk tanda setuju.
                    "Rantai kau bagi hilang. Hilang dalam semak ni ..." jawabku perlahan sambil menunduk.
                    "Apaaaaaaa ?!! Kenapa kau tak jaga elok2 ?! Baru aku cakap yang kau kena jaga seelok eloknya rantai ni kalau tak-" 
                    "Bora yang buang !" Aku memotong percakapannya.
                    "What the ... perempuan tu memang sengaja cari nahas." Aku dapat lihat muka LJoe kemerahan tanda marah kot.
                    "Yah yah. Biarkan je mereka. Kau jangan marah mereka okay ? Tolong aku cari rantai yang kau bagi tu. Please Please Byunghun ? Please please please !" Aku merayu rayu kepadanya.
LJoe's POV :
                    Park Eunmi memang cari nahas betul dengan aku. Comelnya muka dia merayu rayu macam tu. Eunmi ... aku mengaku yang kau memang comel.
                    "Okay fine." Aku terus bersetuju. Okay. Dalam sejarah hidup Lee Byunghun lagi, aku tak pernah sebaik macam ni nak tolong orang. Dengan Eunmi, mudah sahaja aku setuju.
                    "Yay ! Mulakan misi mencari rantai yang diberi oleh LJoe the Bunny ! Kekeke." Eunmi menjerit sambil ketawa. Comelnya muka dia. Park Eunmi ... kenapa hati aku berdebar debar apabila melihat muka kau ?
                    Aku pun turut terbongkok bongkok mencari rantai itu. Nasib baik, waktu persekolahan sudah habis. Kalau tak, mesti semua pelajar tengok keadaan aku macam ni. Lee Byunghun the KINGKA berada dalam semak dengan uniform yang sudah kotor.
                    Aku melihat Eunmi mengelap peluh di mukanya. Cahaya matahari memancar terik pada masa itu. Tiba tiba, aku terpandang sesuatu yang berkilau di dalam semak. Dengan pantas, aku segera mengutip benda yang berkilau tadi. 
                    "Eunmi ! Aku dah jumpa rantai bunny !!" Aku melompat kegembiraan.
                    "Kau dah jumpa ?! Yay !!" Tanpa sedar, Eunmi memeluk aku. Terkedu aku dibuatnya. Hati aku kembali berdebar debar seperti tadi lagi. Apa dah jadi dengan aku ni ?!
Eunmi's POV :
                    Gembira tak terkata aku apabila LJoe menjerit yang dia dah jumpa rantai bunny tu. Serius aku akan menangis kalau rantai tu tak dijumpai. Byunghun lelaki pertama yang bagi aku rantai.
                    Tanpa aku sedari, aku segera memeluknya dan menjerit kegembiraan. Aku hanya tersedar apabila aku dapat rasa badan LJoe diam macam tunggul kayu. Berdiri tegak macam orang takde perasaan.
                    "Err. Sorry." Aku merenggangkan pelukanku. Darah terus menyerbu naik mukaku. Malu.
                    "N-nah, r-rantai kau." LJoe tergagap gagap sambil menghulurkan rantai bunny itu kepadaku.
                    "Aku janji akan simpan elok2 rantai ni !" Aku membuat V-sign sambil tersengih memandangnya.
                    "Yelah. Sudah lah tu, jom balik. Aku dah kotor ni." balas LJoe. Lelaki ni macam perempuan je, kena kotor sikit je padahal, dah kecoh.
                    "Okay2. Byebye LJoe. Jumpa esok." Aku melambai lambai tanganku.
                    "Ape byebye LJoe ? Aku hantar kau dulu baru aku balik. Jom." LJoe menarik tangan aku keluar dari semak itu. Perasaan bahagia menyelinap masuk ke dalam diriku.

To be continued ...
ASDFGHJKL ! Aku dah nak naik gila buat chapter ni. SERIUS panjang gila BAGI AKU. Okay. Btw, idea semua ni 80% daripada Nana Johari aka Bini Pertama LJoe dan yang lain tu dari aku. Dia pandai bagi bagi idea ni -.-' Aaaaaaaaaaa. So done ! Do read and comments :)

14 comments:

nanajoe said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
BEST GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
pandai kau olah cerita (Y)
seriuss . aku tolong sikit je -..- ape pulak 80% ?
-..-

joe. said...

@Nana L.Joe : -.-' Semua ni idea daripada kau. Muahahaha. Sesetengah je daripada aku -.- Tenkiuuuuuuuuu btw Burung hantu -.-

Wana said...

aaaaaaaaaaaaa best (Y) Ljoe aku ada dalam tu :* //kayjoke -.-

joe. said...

@wanawoohyunie : HAHAHA -.- Memang kau kena cakap JOKE pun -.- Kalau tak, hilang kepala kau (Y)

Elysha Sha said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaa....so sweet.....xsaba nk bace chapter baru...(Y)

joe. said...

@Elysha Sha : Hahaha. Tenkiuu btw :D

x said...

Wehhhh , pendeknyaaaaaaaaASDFGHJKL .
Elelele Ljoe tu , suka cakap jelah . haha . buat lagi . panjang panjang !

joe. said...

@Nurd Cullen' Pendek ? -.-' Panjang gila bagi aku T__T" Okay Dinda *-*

AleeyaLiya said...

panjangkan lgi..hihi..
nicee woo..terbaekk..

joe. said...

@AleeyaLiya Okay2. Btw, thanks :)

ken. said...

aaaaaaaaa Jojo , bila Jojo nak update ni ? lama dah Alia tunggu ~~

diba. said...

waaaaaaaaaa ;D best gilooo AWESOME ;DDDDD

joe. said...

@Byung's Will update soon *~*

joe. said...

@rilakuma^^ THANKS ! ^^