Revenge Or Love ? [2]

Love is like a butterfly, it settles upon you when you least expect it.
Seungri's POV

"Papa, Seungri pergi dulu okay ?" Seungri seorang anak kepada keluarga yang berada. Mempunyai kereta sendiri. Papanya berkerja sebagai Pengarah di sebuah syarikat papanya sendiri. Mamanya pula seorang wanita penting dalam Persatuan Wanita.

"Okay. Papa dah suruh driver hantarkan. Tak payah pergi sendiri. Kau kan baru je pindah Seoul nie. So, mesti kurang tahun pasal tempat di Seoul nie. Mintak driver tolong hantar. Papa dah bagitau nama sekolah kau. Sekolah khas untuk pelajar yang mempunyai suara merdu dan pandai menari. Kau kan minat menari dan menyanyi kan ? So, okay lah tu sekolah yang papa cari untuk kau." tegas En.Lee iaitu bapa kepada Seungri. Seungri hanya mengangguk angguk bersetuju.

Pearl High School

Semua pelajar sudah masuk ke dalam dewan. Hari ni di sekolah ada perjumpaan atau lebih dikenali sebagai perhimpunan. Pearl High School sebuah sekolah yang dikhaskan untuk pelajar yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan tarian. Kebanyakan pelajar perempuan yang masuk ke sekolah itu berbanding lelaki.

Jooyeon dan Jonghyun sudah sampai di sekolah. Mereka berjalan masuk ke dalam dewan. Tiba tiba seseorang menegur mereka berdua.

                 "Jooyeon !"

Suara itu mengejutkan Jooyeon dan Jonghyun. Mereka berpaling ke arah suara itu. Jonghyun sudah kalut sejurus sahaja dia tengok muka milik suara tadi.

"Jojo ! Imiss you !" Jooyeon memeluk kawan baiknya ketika kecil lagi. Jojo, Jooyeon dan Jonghyun kenal sejak kecil lagi. Diorang selalu bermain bersama sama. Umur semakin meningkat jadi hubungan rapat antara Jonghyun dan Jojo renggang sikit. Jojo tidak tahu bahawa Jonghyun mencintainya sejak kecil lagi.

"Kekekeke. Imissyoutoo budak montel nie. Atotototo." Jojo mencubit geram pipi Jooyeon. "Dah dah. Jangan main pipi aku nie. Aku tahulah gebu gebu je pipi aku. Abang aku ade bende nak cakap dekat kau nie." Jojo memasang perangkap. 'Eh, adik aku nie. Bile mase aku ade bende nak cakap dekat Jojo ? Siaplah kau Jooyeon.' rungut Jonghyun dalam hati. "Ohh, ape dia ?" tanya Jojo dan tersenyum manis kepada Jonghyun. 'Huaaaaa. Jojo, janganlah senyum macam tu. Aku dukung kau dan lari kahwin baru tahu.' desis hati Jonghyun. Jooyeon meyiku pinggang abangnya. Jonghyun berlari lari meninggalkan Jooyeon dan Jojo. Jojo terasa hati dengan kelakuan yang agak tidak sopan baginya.

"Dahlah. Abang aku tu pelik jea. Jom masuk dewan. Nanti kena duduk belakang pulak." Jooyeon menarik tangan Jojo yang masih membuat muka masam itu.

Jonghyun POV

Jonghyun menggeleng geleng kepalanya. Dia tidak boleh berdepan dengan Jojo terlalu lama. Boleh pecah hati dia nanti. Tiba tiba kawan karibnya menegurnya.

"Yo Jjong !" suara Key mengejutkan Jonghyun. Dari tadi Key lihat Jonghyun hanya termenung je. "Oh, hello Key." Jonghyun menegur ala kadar je. Key sudah pelik. Hello ? Tak pernah Jonghyun tegur aku dengan Hello nie. Ade yang tak kena la ni dekat budak nie.

"Lol. Kau ada masalah ape nie ? Termenung je ?" Key bertanya. "Takde ape ape lah. Jom masuk dewan." Jonghyun berlalu dan menuju ke dewan. "Oii ! Tunggu aku !" Key berlari lari mengikuti Jonghyun.

+++++++++++++

Di dewan, semua pelajar membuat bising. Ada yang bergurau senda, ada yang tengah menghafal lirik. Ada yang tengah berlatih menari dan macam macam lagi. Jooyeon dan Jojo duduk di barisan ketiga. Jooyeon mengeluarkan Mp3 dari beg sekolahnya dan mendengar lagu. Jojo tidur terlentok di bahu Jooyeon. Selepas 15 minit, semua guru dan pengetua sudah berkumpul di dewan sekolah.

Jojo dan Jooyeon hanya tidur sepanjang perhimpunan dijalankan. Selesai sahaja perhimpunan di dewan, mereka terus ke kelas masing masing. Sampai sahaja di kelas mereka, Jooyeon dan Jojo duduk di tempat masing masing. Tiba tiba, satu suara mengacau tidur Jooyeon.

"Woi budak gemuk !" suara Lizzy, the Queen of Dancing in Pearl High School menjerit dan mengejek Jooyeon dengan tiba tiba. Jooyeon sudah muak dengan ejekan kawan kawannya di kelas ataupun di sekolah. Jojo yang mendengar ejekan itu berasa amat marah kerana kawan karibnya diejek. "Eh perempuan perasan cantik, cun tapi muka macam haprak je !" Jojo meninggikan suaranya ke arah Lizzy. "Dahlah Jojo." Jooyeon cuba menenangkan Jojo yang tengah berasap.

"Ewah ewah. Budak gemuk, kau dah ade back-up ape ?" Lizzy menjeling tajam ke arah Jooyeon. Jooyeon menggeleng ketakutan. "Eh Jooyeon, kau takut tu pehal ? Aku kan ade ?" Jojo membisik perlahan ke arah Jooyeon. "Janganlah cari gaduh. Nahas kita nanti." Jooyeon cuba menarik tangan Jojo supaya duduk kembali di tempatnya. "Pe ? Dah takut ke budak gemuk and budak kurang HOT ?" Lizzy mengejek lagi. "Eh perempuan mati akal ! Kesah pe kau kalau aku tak HOT, kalau Jooyeon gemuk ? Macamlah semua tu berkaitan dengan kau ?!" Jojo melawan balik dengan suara yang kasar.

Tiba tiba ..

"Cukup ! Stop ! Jangan bergaduh ! Duduk diam di tempat masing masing !" Cikgu Kim sudah masuk ke dalam kelas dengan muka yang garang. Semua senyap dan duduk di tempat masing masing. "Okay semua. Nanti esok, sekolah kita akan adakan satu pertandingan yang dipanggil The Best Dancing and Singing Awards. So, korang semua akan dibentuk dalam satu pasangan dan pasangan anda dari kelas atas. Faham semua ?" Cikgu Kim bertanya dengan suara yang agak kuat. "Faham cikgu !!" semua pelajar menjawab serentak.

Di kantin sekolah, Jooyeon dan Jojo duduk di tempat yang diduduki oleh abang Jooyeon, Jonghyun. Jonghyun a little bit awkward apabila dia duduk di hadapan Jojo. Jooyeon sengaja menyuruh Jojo duduk di hadapan abangnya itu. Key oppa pulak duduk di hadapan Jooyeon.

"Eh Jjong, budak lelaki baru dalam kelas kita sombong gila kan ? Macam haktuih je." Key memulakan perbualan di antara mereka. "Ha'ah. Meluat aku tengok. Muka dah handsome tapi perangai tak cantik." Jonghyun menyertai Key mengutuk lelaki itu. "Siapa tu ?" Jojo mula menyibuk juga. Jooyeon hanya diam kerana dia bukan kaki gossip pun. "Nama dia Seungri. Katanya, baru balik dari Amerika." Key menjawab pertanyaan Jojo. "OMG. Amerika ? Hensem ? Mesti hensem sebab Jonghyun cakap handsome. Hehe." Jojo memasang angan angan. "Jojo, you want to flirt him ?" Jonghyun bertanya dengan nada agak risau. "Nehh." Jojo menggeleng geleng dan Jonghyun tersenyum lega.

"Aku pergi order makanan jap. Bye." Jooyeon segera meninggalkan mereka bertiga. Jooyeon berjalan dengan agak cepat kerana risau roti kegemarannya yang dijual di kantin habis dijual tetapi satu kemalangan berlaku dan ...

"Adoiii !!" Jooyeon menjerit kesakitan apabila dia dilanggar oleh seseorang.

No comments: