Revenge Or Love ? [1]

Why do I still care ? For the guy who wouldn't dare.
Jooyeon POV

                  "Jooyeon !!!!!!!!"

'Ahhh, suara itu lagi. Setiap hari wajib dengar suara merdu bak suara Son Dambi tu. Grrrr.' rungut Jooyeon dalam hati. Jooyeon tidak menghiraukan suara bak Son Dambi tu dan terus memejamkan matanya.

                  "Kim Jooyeonnnnnnnn !!!"

Jooyeon terus bangun. "Adoiii !" Jooyeon mengaduh kuat apabila dia terjatuh dari katil. Tiba tiba, pintu biliknya terbuka dan seseorang tengah sengih sengih dan menahan gelak.

"Hahahahahahahahahahahahaha." ketawa abang sulung Jooyeon semakin kuat dan kuat. Dia memegang perutnya dan mengeluarkan air mata kerana Jooyeon yang jatuh macam badak jatuh. Jooyeon menarik muncung panjang sedepa. "Okayokay. Abang tak gelak dah. Hahahaha. Patutlah bergegar je rumah nie tadi. Ade badak jatuh rupenya. Wakakakakaka." abang Jooyeon mengetawakannya lagi.

'Hish, mamat ni. Tadi cakap taknak gelak dah. Tahulah badan aku ni besar. Tapi takkanlah sampai bergegar rumah. Bukannya aku ni sebesar lelaki yang main SUMO tu.' Jooyeon membebel bebel dan menjeling geram kepada abangnya itu. Abangnya masih mengetawakannya.

                  "Kim Jonghyun !!!!!!!"

Jonghyun terus senyap. Adiknya kalau mengamuk, harimau pun lari. Jonghyun menutup mulutnya dengan menggunakan tangan kanannya. "Janganlah marah Jooyeon adik abang yang manis lagi kiut miut macam panda bear nie. Alololol." Jonghyun mencubit cubit geram pipi gebu Jooyeon. Dia memang gemar mencubit pipi adiknya yang tersayang itu kerana Jooyeon lah satu satunya adik yang dia ada.

                  "Kim Jonghyun !!! Kim Jooyeon !!!"

"Erk ?" Jooyeon dan Jonghyun menjawab serentak. "Wehh, mama sudah mengamuk. Cepatlah siap siap ! Budak montel ni, mandi pun tak lagi ! Ape lah nak jadi dengan adik abang nie ! Pergi pergi !" Jonghyun menolak Jooyeon masuk ke dalam bilik mandi. "Yela yela ! Abang keluar lah ! Sebok je mamat nie. Shuh shuh. Cakap dekat mama yang adik lewat bangun sebab tengah mimpi nak carikan menantu perempuan untuk mama. Wakakakaka." Jooyeon mengusik abangnya. "Eh budak montel momok nie, jangan dok merepek bagai. Abang muda lagi okay. 17 tahun baru. Eee, budak ni. Abang cepuk kang." Jonghyun menolak kepala adiknya. "Adik tak suke main kepala nie. Hish. Nanti tak ingat lirik lagu baru adik reka." Jooyeon mencubit pulak lengan abangnya.

"Eh, dah dah. Nanti mama harimau kat bawah mengamuk pulak. Abang keluar dulu. Kbyee monteling ! Kekekeke." Jonghyun segera berlari keluar kerana takut dihentam oleh adiknya, Jooyeon. Jooyeon menggeleng geleng kepalanya. Dia tidak terasa ape ape pun walaupun abangnya mengejeknya montel dan macam macam. Baginya, abang dan mamanya adalah segala galanya baginya. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi untuk bersiap siap pergi sekolah.

Selepas 10 minit berlalu ...

                  "Mama ku sayang dan abang ku yang tak tersayang !!!"

Jooyeon menjerit dengan kuat apabila menuruni tangga dan menuju ke dapur. Jonghyun yang tengah makan roti dengan lahapnya, tersedak oleh sebab terkejut dengan jeritan adiknya itu. Jooyeon menepuk nepuk belakang badan abangnya dan memberi segelas air kepada abangnya. Jonghyun segera minum sehingga dia tidak tersedak lagi. Pn.Kim hanya tergeleng geleng. Selepas kematiannya suaminya, dia berusaha untuk menyara kedua dua anaknya itu.

"Dah dah. Pergi sekolah cepat." Jooyeon bangun dan bersalam dan peluk cium mamanya. Jonghyun mengikuti tingkah laku Jojo kepada mama mereka itu. "Gedik. Nak jugak dia peluk cium mama adik tersayang nie." Jooyeon menjelirkan lidahnya. "Mama ! Tgok adik ni !" Jonghyun memuncungkan bibirnya sedepa. "Kekekekeke. Janganlah manja sangat abang aku yang tersayang. Nanti nak kahwin dengan Jo .." Jonghyun membulatkan matanya dan menutup mulut adiknya. Jooyeon meronta ronta minta dilepaskan.

"Mama ! Chow dulu ! Bye mama comel, muda, cantik dan baik hati !" Jonghyun mengheret Jooyeon keluar dari rumah. Jonghyun akhirnya melepaskan Jooyeon. Jooyeon merengus kasar. "Eh, kau nak cakap nama sape tadi ? Kahwin dengan sape ? Ce cite sikit." Jonghyun pelik. Macam mana adiknya tahu rahsia dia selama nie ? "Adelahh ! Muahahaha." Jooyeon berjalan dengan cepat. "Cakaplah adik comel momel ku tersayang. Nanti aku belanja coklat nak ? Cadburry punye." Jonghyun mencuba nasib. Jooyeon senyum lebar. "Ok. Aku bagitau. Aku tengok dalam handphone kau. Banyak gila gambar Jojo. Kau dengar ni aku ulang. JOJO. J O J O. Kau snap gambar dia curik curik ek ? Ish3. Paparazzi pulak abang aku nie. Muahahaha." Jooyeon menerangkan rahsia abangnya itu.

"Huaaaa. Jangan cakap dekat Jojo okay ?" Jonghyun malu kalau adiknya beritahu Jojo pasal kerja sambilannya yang baru iaitu Paparazzi Jojo. "Okay tapi Cadburry nak dua kotak. Thank you." Jooyeon membuat muka jahat. "Yela yela. Bertambah gemuk lah adik aku nie. Dahlah badan sekarang pun besar macam HYPO. Hahahahaha." Jonghyun mengejek adiknya. "Yahhh !" Jooyeon menghentak kakinya dengan perasaan marah yang membuak buak.

Bersambung ..

1 comment:

babydinojjong said...

huaa ! ni yg cemburu ni .. Dino tersayang kita suka dia dlm cite ni :'( takpe2x .. pinjam sekejap kan ?