Endless Love ( Ep 28 )

Pada keesokan paginya, Jojo bangun dari katilnya. Bantalnya sedikit lembap. Ya, semalam dia menangis. Gara gara Dongwoon ? Mungkin. Jojo dalam keadaan mamai mamai bangun dan masuk ke tandas dan memberus giginya. Selepas itu, dia keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.

"LAPARNYEEEEEEEEEEE !! Bibim !! Jaja !!!" Jojo memulakan perangai lamanya iaitu suka menjerit dengan kuat. "Ya !!!!!" Jaja menjerit menjawab panggilan Jojo. "Jap laa ! Aku tengah calling nie !!" Bibim turut menjerit. Jaja keluar dari biliknya dan menuju ke arah Jojo. "Ade ape ?" tanya Jaja. "Lapar" Jojo membuat muka kesian. Jaja mengangkat keningnya. "Masaklah untuk aku. Puh-leaseeee. Nak suruh Bibim, dia tak pandai masak. Kau pandai kan masak ? Alaaa, bolehlah bolehlah. Bole-" ayat Jojo tergantung di situ sebaik sahaja suara seorang lelaki mencampur perbualan antara si kembar itu.

"Biar aku masak." suara itu mengejutkan Jaja dan yang paling terkejut ialah Jojo. "Dongwoon ! Thanks god you are here. Ni, Jojo lapar. Nanti dia sakit perut, menyusahkan pulak. Aku busy nie. Kena keluar cari buku dengan Bibim so, kau datang tepat pada masanya. K chow !" Jaja berlari lari meninggalkan Jojo dan Dongwoon. Jojo hanya ternganga mendengar ayat Jaja tadi.

Amboi amboi, sesuka hati kau je atur ni atur tu untuk aku ye wahai cik Jaja kembarku sayang ? Jagalah kau nanti. Nanti, aku bocorkan yang kau ni suka tidur ternganga dan berdengkur. Hikhikhik, desis hati Jojo.

"Jojo .." suara itu menyentakkan Jojo. Jojo segera berpaling ke arah Dongwoon. "What ?" tanya Jojo dengan suara mendatar. "Nak makan ape ?" tanya Dongwoon dengan lembut. Jojo menggeleng geleng dan keluar dari dapur itu meninggalkan Dongwoon.

++++++++++++++++++++

"Baby ! I have make you some sandwiches ! Kekekeke." suara manja Dongwoon menerpa telinga Jojo yang sedang membaca buku. Jojo menutup bukunya dan berpaling ke arah Dongwoon. Dongwoon sedang memegang sepinggan yang dipenuhi dengan sandwiches. Di atas sandwiches itu terdapat buah tomato yang dipotong menjadi bentuk LOVE. "Gumawoo oppa ~" Jojo lantas mencium pipi kanan Dongwoon. Dongwoon hanya tersengih kambing.

"Let me feed you. Come here." Dongwoon menarik tangan Jojo agar duduk di sebelahnya. Dongwoon memeluk bahu Jojo dengan menggunakan tangan kirinya. "Say Ahhh" Dongwoon membuat muka seperti seorang ibu yang ingin menyuap anaknya. Jojo terus ketawa kecil. "Hahaha. You think I'm a baby ?" Jojo mengangkat keningnya. "Yes. You are my baby." Dongwoon berkata dan mencium bibir Jojo dengan lembut. Jojo membulatkan matanya kerana terkejut dengan tindakan Dongwoon yang cepat itu.

Dongwoon melepaskan bibir Jojo dari bibirnya. Jojo menampar lembut bahu Dongwoon. "Gatal punye pakcik tua." Jojo mengusik Dongwoon. "Elehh, gatal konon. Padahal suka tu ? Kekekeke." Dongwoon mengenakan balik Jojo. "M ... mane ade !" Jojo menahan malu."Hahaha. Dah2. Nah, makan nie." Dongwoon menyuapkan roti sandwiches itu kepada Jojo. Mereka makan dengan penuh gembira.

Tiba tiba ...

Kringg! Kringg!

Bunyi loceng alarm handphonenya menyedarkan Jojo dari teringat peristiwa semasa Dongwoon menyediakan sandwiches istimewa untuknya di hostel B2ST pada masa dulu. Jojo menyapu air matanya yang turun perlahan. Ya. Dia amat rindu saat saat dia dengan Dongwoon dulu. Hmm, dia sendiri tertanya tanya apa silap hubungan antara Dongwoon dengan dia sampai jadi dingin macam ni ?

+++++++++++++++

Jojo membuka matanya perlahan lahan. Dia terlelap sekejap di atas sofa tadi. Jojo tercari cari kelibat Dongwoon. Jojo segera ke dapur, mana tahu Dongwoon mungkin berada di situ. Tetapi tiada seorang pun berada di situ. 

'Eh, mana pulak Dongwoon nie ? Dia dah balik kot ? Dia marah ke ? Dia merajuk ?' berbagai bagai persoalan menerjah minda Jojo.

Tiba tiba, Jojo terpandang sesuatu yang amat memeranjatkannya. 
Aku busy bro. Sebab tu lambat update. Ni pun main tembak masuk je -.-

1 comment:

ainna fatiha said...

Coomel ! Klau Jojo tk bz smbung lg tau =)