P/s : Yang perkataan BOLD tu bermakna ada GAMBAR di sebalik perkataan tu :)Juliana POV
"Julianaaaaaaaaaaa !!!". Suara itu memeritkan telinga aku. Siapa lah yang berani kacau aku pagi pagi buta ni ?! Aku sambung tidur balik dan berfikir untuk bermimpi pasal ape pulak. "Juee !!!" Aku yang tersenyum senyum sambil tidur berguling guling atas katil tiba tiba terjatuh selepas mendengar jeritan yang boleh menggegarkan dunia yang aman ini. Aku bangun dalam keadaan mamai mamai dan naik ke katil dan sambung tidur. Mimpi, come to me again ~ Aku tertidur.
Jojo POV
Eh, mane si Jue ni ? Aku rasa aku dah tinggikan volume suara aku tadi. Takkan dia sambung tidur balik ? Ke dia tengah mandi ? Kalau mandi, takde bunyi air pun ? Dia tengah pakai baju ? Kalau tengah pakai baju, mesti dia menjawab aku panggil tadi ? Aku dengan malasnya menaiki tangga dan menuju ke bilik kawan baikku sejak kecil lagi, Juliana Lee.
Juliana POV
Aku dengan bahagianya menyambut huluran putera itu. Putera itu dengan perlahannya ingin mencium bibirku yang sedia seksi. Aku memejam mata dan menunggu tindakan dia. Aku memuncungkan bibirku. Akhirnya, aku dapat rasa sesuatu "landing" di atas bibirku ini. Aku terkaku sebentar. Tetapi, hidung aku yang memang terror bab menghidu ini terhidu bau yang "harum" sekali. 'Eh ? Bau apa busuk ni ? Takkan mulut putera aku busuk kot ?' aku berfikir sebentar. Takkan putera kacak macam tu tak gosok gigi ?
Aku membuka mataku dan orang yang pertama aku jumpa ialah kawan karibku, Jojo Park. Aku membulatkan mata apabila aku melihat dia tengah memegang stoking dia yang memang "harum" baunya malah dia meletakkan stokingnya di atas bibirku. Dia menahan ketawa.
Jojo POV
Aku cuba menahan ketawa. Hahahaha. Apelah yang kawan aku mimpi sampai muncung bibirnya itu. Idea nakal yang menyuruh aku mengambil stoking aku yang dah 2 bulan tak basuh dan meletakkan ke atas bibirnya. Biar padan mukanya. Akibat bangun lewat. Aku terus memandang dia dan dia sudah bangun.
"Jojoooooooo !!!!!" suara Juliana yang merdu itu menakutkan aku. Aku dengan pantas membuka seluas luas kaki aku untuk melarikan diri. Juliana dengan pantas bangun dan memegang tangan aku dengan kuat. Aigooo. Dia kuat daripada aku. Aku cuba membuat muka simpati. "Kau tak payah buat muka simpati, aku takkan makan simpati kau tu. Berani kau suruh aku cium stoking kau yang dah bertahun tahun tak basuh hah ?!" suara Juliana semakin tinggi tetapi dia ada silap sedikit dalam ayat dia dia marah aku tadi.
"Jue, stoking tu aku tak basuh 2 bulan lah. Bukan bertahun tahun. Kau nak marah pun, marah lah dengan ayat yang betul. Ish3. Tak baik betul kau ni." Aku cuba bergurau dengan dia. "Ewah2, kau sempat lagi buat lawak ye ? So, bersedia sekarang ~" Juliana sudah mengepal buku limanya. Ha, ni lah padahnya kalau cari pasal dengan perempuan yang pandai taekwando dan seni mempertahankan diri.
Juliana POV
Aku mengepal buku limaku dan menunjukkan buku lima ku kepada Jojo yang ketakutan. Jojo Jojo, kau ni. Takkan aku nak tumbuk kau kot ? Kau sahabat aku yang paling aku sayang. Tapi, best jugak mainkan dia kan ? Kekekekeke. Aku tergelak seketika.
"Weh Jue. Sebelum kau nak tumbuk aku. Baik kau tengok jam dulu." Jojo bersuara. Aku segera mengikut kata katanya dan melihat ke arah jam yang terletak di dinding. "Jojoooo ! Kita dah lewat !!!" Aku dengan pantasnya mencapai tuala dan uniform sekolah aku dan masuk ke tandas. "Aku dah panggil kau macam pontianak kena geletek kau tahu tak ?!" Jojo menjerit marah. Ya. Suara dia lah yang menggerakkan aku tadi. Pertama kali aku lewat. Sebelum tu, aku nak memperkenalkan diri. Aku Juliana Lee. Aku berumur 16 tahun. Memang aku masih muda. Aku anak yatim piatu. Aku tinggal bersama kawan karibku Jojo. Sebelum aku berhenti sesi memperkenalkan diri ni, aku nak cakap yang aku ni Presiden sekolah aku, Yoonique High School.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LJoe POV
Aku membuka mataku. Aku terus menoleh ke arah dinding dan tengok ke arah jam. Pukul 8 pagi. Ohh. Still 8 pagi. Uhm .. Aku sambung tidur. Eh ?! 8 pagi ?! Aku membuka mataku seluas luasnya. Aku sudah lewat ! Sangat sangat lewat ! Kenapa pembantu rumah aku tak kejutkan aku ?! Apa guna ada 20 pembantu rumah tetapi tak gerakkan aku ?! Shit !
Aku dengan kelam kabut mencapai tuala dan uniform sekolah aku dan menuju ke tandas yang sedia besar. Mesti member Teen Top sudah sampai di sekolah. Okay. Aku Lee Byunghun. Aku berumur 17 tahun. Aku seorang lelaki yang kacak dan terkenal di sekolah aku. Memang ramai perempuan ingin berkawan dengan aku tetapi seorang pun aku tidak layan. Aku Presiden Pelajar di Shinhwa High School. Okay, sudah selesai sesi perkenalkan diri.
Jinyoung POV
"Baroooooooooooo ! Hambaro ! Hamtaro ! Hamjarum !" Aku memekik dengan kuat sekali memanggil kawan aku yang sedang lena dibuai mimpi. Semua ahli B1A4 sudah pergi ke sekolah, mungkin dah sampai kot. Aku dengan Baro je lewat. Sebab utama aku lewat ialah CNU tidak menggerakkan aku dengan Baro dari tidur. Mungkin sebab semalam aku dengan Baro kenakan dia cukup cukup. CNU sudah macam jam loceng di rumah B1A4. Okay. Aku perkenalkan diri dulu. Aku Jung Jinyoung. Aku berumur 17 tahun. Aku ketua basketball di Shinhwa High School. Kawan baikku sejak kecil iaitu LJoe tidak pernah sombong dengan aku walaupun dia Presiden di sekolah kami. Kumpulan Teen Top dan B1A4 ialah group yang paling TOP di Shinhwa High School.
Baro POV
"Adoiii !" Aku terjatuh dari katil. Suara Jinyoung mengejutkan aku. Aku baru sahaja bermimpi pasal seorang perempuan comel menjadi girlfriend aku. Aku dengan malas menuju ke tandas untuk menyiapkan diri ke sekolah. Aku sudah tahu aku lewat. Dah dapat cam sebab kalau awal, CNU yang gerakkan. Kalau lewat, si Jinyoung yang akan gerakkan aku. Mesti CNU balas dendam kot pasal semalam aku dengan Jinyoung kenakan dia cukup cukup pasal dia dengan girlfriend dia yang 2 tahun tua daripadanya.
Semua perkenalkan diri mereka sendiri. So, aku nak perkenalkan diri aku. Aku Cha Sun Woo tetapi aku famous dengan panggilan Baro. Aku comel. Memang aku comel, realiti. Aku dikira terkenal di Shinhwa High School. Group B1A4 dan Teen Top juga mempunyai fans perempuan yang ramai di sekolah Yoonique High School iaitu sekolah jiran Shinhwa High School. Ha ~ Shinhwa High School selalu bergaduh dengan Yoonique High School. Maksud aku, pelajar yang bergaduh. Bukan bangunan sekolah yang bergaduh. Bergaduh dengan pelajar Yoonique High School sudah menjadi budaya di Shinhwa High School.
To be continued ...

1 comment:
nice fanfic..
kelakarlah epidose pertama nie..
Post a Comment