[ Cover baru lagi tapi akan ditukar lagi. IU comel kan ? :D ]
Eunmi's POV :Lengan yang mula berasa sejuk aku usap berkali kali. Jantung berdegup pantas. Sekeliling yang gelap menambah lagi seram di jiwa. Mana semua orang ? Si LJoe pulak mana ? Dia tak nak tolong aku ke ? Aku berada di dalam rumah hantu ke gua ni ? Berlegar legar soalan itu di kotak fikiranku. Namun aku gagahkan jua kaki untuk melangkah. Berjalan terus mengikut laluan lorong gelap itu.
Bulu roma meremang apabila terasa seperti ada sesuatu yang memegang hujung kaki. Spontan langkah tadi berhenti. Perlahan lahan, aku menjatuhkan pandangan ke bawah. Walaupun dalam keadaan samar samar, aku dapat melihat jelas tangan pucat yang memegang kaki aku.
Spontan aku berteriak dengan kuat dan segera mahu melarikan diri. Disebabkan kakiku dipegang dengan kuat, tubuhku jatuh tersembam ke lantai. Belum sempat aku mahu mengerang kesakitan, aku terus bangkit duduk, cuba bangun untuk berdiri dengan stabil. Malangnya, pegangan tangan itu yang terlampau kuat mematikan niatku tadi. Aku segera mengesot ke belakang. Menjauhi makhluk hodoh itu.
Aku sudah kehilangan suara untuk menjerit lagi. Mungkin disebabkan takut yang melampau, suaraku tersekat di kerongkong. Cengkaman makhluk itu semakin kuat. Ahh. Ni hantu jadian ke ? Aku ingin menjerit tetapi entah kenapa suaraku tidak keluar. Kuku makhluk itu yang tajam dan panjang mencakar kulit kakiku. Betapa sakitnya aku menanggung kesakitan ini.
Sekarang, aku terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat sampaikan sakit lubang telinga aku. Mendengar suara perempuan itu membuatkan aku menjadi semakin takut. Aku menyesal kerana bertindak buru buru. LJoe, mane kau ...
Tiba tiba, kakiku ditarik dengan kuat. Tangan milik makhluk hodoh itu menarik kakiku dengan kuat. Pada saat ini, aku berharap seseorang datang menolongku. Satu nama yang terlintas di fikiran aku sekarang iaitu ...
"Byunghunnnnnn !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati.
LJoe's POV :
Sejurus sahaja mendengar jeritan itu, aku segera berlari mendapatkan Mi Eun. Aku amat pasti yang perempuan yang dikatakan oleh 2 lelaki tadi ialah Mi Eun ataupun Eunmi. Aku belum beritahu Mi Eun nama sebenar aku. Aku hanya pernah memberitahu nama sebenar aku kepada Eunmi.
Aku menyuluh jalan menggunakan lampu dari telefon bimbitku. Aku mempercepatkan langkahku berjalan masuk ke lorong ketiga. Perasaan risau akan Eunmi semakin membuak buak di dalam otak fikiranku. Walaupun, kedengaran suara hantu mengilai dengan kuat, aku tidak mempedulikan semua itu. Yang penting sekarang, mana Eunmi ?!
"Byunghunnnnnnnn !!!!!!" suara Eunmi menjerit kedengaran. Dengan pantasnya, aku berlari menuju ke arah suara yang semakin jelas kedengaran itu. Perasaan menyesal turut ada di dalam hatiku. Menyesal kerana mencabar Eunmi.
Aku berhenti berlari sejurus sahaja aku mendengar suara perempuan menangis teresak esak. Aku menyuluh ke arah perempuan itu. Aku meneliti dari atas sampai bawah ... Eunmi ! Dia ... dia menangis ? Perempuan yang berlagak cool, kasar dan nerd di sekolah menangis ?
"Eunmi Eunmi, are you okay ?" Aku menggoncang bahunya perlahan lahan. Dengan spontan, Eunmi memelukku dengan erat. Aku diam terkaku. Dengan perlahan, aku membalas pelukannya.
"Shhh, takde ape ape dah." Aku menenangkan Eunmi. Eunmi memelukku dengan erat sekali. Bajuku dicengkam olehnya. Jelaslah yang dia dalam keadaan ketakutan.
"Ke-kenapa lam-lamb-lambat .. ? Eun-Eunmi .. takut .." balas Eunmi. Jawapannya membuatkan aku semakin bersalah. Aku mengusap kepalanya.
"Jom, kita keluar dulu." Aku menolong Eunmi bangun dan memegang tangannya dengan erat tetapi Eunmi merangkul erat lenganku. Aku tersenyum sendiri. (LOL -.-)
----- Di luar Ghost House -----
LJoe's POV :
Selepas menenangkan Eunmi, aku meninggalkannya seketika di atas bangku yang berdekatan dengan tasik. Aku harap dia okay dah. Aku segera membayar harga minuman kepada makcik yang menjual di gerai yang sederhana besar itu. Belum sempat aku meninggalkan gerai itu, aku ternampak sesuatu benda yang menarik. Aku mencapai benda itu dan membayarnya.
Eunmi's POV :
Aku tidak sangka yang LJoe akan datang 'menyelamatkan' aku. Yang paling penting, rahsia aku sudah terbongkar. LJoe sudah tahu aku Eunmi. Entah kenapa, semasa makhluk hodoh itu menarik kakiku, hanya nama "BYUNGHUN" yang terlintas dalam fikiranku. Hmm ... tiba tiba ...
"Booo !" Dengan spontan aku menjerit. Aku memandang ke arah pemilik suara itu. Ohh, Lee Byunghun a.k.a LJoe a.k.a 'penyelamat' aku daripada makhluk hodoh itu. Ehh kejap ...
"Hahahahahaha. Byunghun, kau pakai ape tu ? Hahahahahaha." Aku ketawa dengan kuat apabila melihat Byunghun, Kingka di TOP Academy High School ataupun lelaki paling terkenal, handsome dan apa apa jelah memakai Bunny Ears.
"Kenapa ? Comel ape ?" LJoe memuncungkan bibirnya.
"Kekekekekeke. Okay2. Lee Byunghun, lelaki yang terkenal dan paling kacak di sekolah memakai telinga arnab kelihatan comel sekali." Aku mengusiknya.
LJoe's POV :
Melihat Eunmi ketawa membuatkan hati aku berasa senang. Eunmi sentiasa kelihatan cantik dalam keadaan menangis, sedih ataupun dalam keadaan ketika dia ketawa. Kenapa selama ni aku tidak pernah perasan yang dia memiliki wajah yang amat cantik tetapi sengaja disembunyikannya.
"Yahh Park Eunmi." Aku memanggilnya dengan tegas. Pura pura marah.
"Errrr ..." Eunmi menundukkan wajahnya tidak memandangku.
"Aku minta maaf sebab cabar kau dan ejek kau tadi. Then, kau pun kena minta maaf dengan aku tau sebab tipu aku hidup hidup pasal ni. Mi Eun konon. Kau bersubahat dengan Jineul ke ?" Aku pura pura marah.
"Yela3. Aku minta maaf. Then, terima kasih sebab tolong aku tadi. Lagipun, takkan kau tak perasan kot. Mi Eun ke Eunmi. Terbalikkan je." spontan Eunmi membalas.
"Mane lah aku tahu. Lain gila muka kau dengan muka kau di sekolah."
"Apa lainnya ? Isk. Aku tahu lah aku hodoh, nerd dan pakaian selekeh je dekat sekolah. Hahaha. Malang betul kau ade girlfriend macam tu di sekolah. Nasib baik girlfriend tipu je." balas Eunmi.
"Yahh yahh. Btw, nah. Minuman untuk kau. Tenangkan perasaan kau dan lupakan je 'kawan' kau dalam rumah hantu tadi." usikku.
"Yahh !" Eunmi memukul bahuku. Aku ketawa mengekeh.
Eunmi's POV :
"Yah Lee Byunghun." Aku memanggilnya. Dia segera berpaling ke arahku. Dia masih memakai telinga arnab itu. Aku mengaku yang dia kelihatan comel sekali memakai telinga macam tu.
"Thanks sebab tolong aku." kataku dengan ikhlas. Terima kasih sebab tolong aku. Terima kasih sebab buat aku ketawa. Terima kasih sebab buat aku tersenyum.
Dia tersenyum dan kembali memandang ke arah tasik. Aku turut memandang tasik yang cantik itu.
LJoe's POV :
"Jom. Aku hantar kau balik." Aku segera berdiri dan menarik tangan Eunmi.
"Yahh Yahh ! Aku boleh balik dengan Jineul." balas Eunmi. Aku tahu yang dia akan menolak pelawaan aku.
"Jineul nak berdua duaan dengan boyfriend dia. Kau jangan kacau daun lah. Mereka nak bermesra, bermanja pun tak senang sebab kau ade. Jom." balasku dengan selamba sambil berjalan keluar dari Lotte World. Eunmi mengikut langkahku sambil memuncungkan bibirnya. Comel.
----- Di hadapan rumah Eunmi -----
Eunmi's POV :
"Okay. Dah sampai. Thanks sebab hantar aku pulang. Bye. Jumpa di sekolah !" Belum sempat aku masuk ke dalam rumah, tanganku ditarik oleh LJoe.
"Lajunya kau nak masuk rumah." ejek LJoe.
"Mestilah. Aku nak tukar baju ni. Lagipun, aku kesejukan ni. Kau nak ape lagi ?" soalku.
"Nahh, untuk kau. Bye Park Eunmi !" LJoe menarik tanganku dan membuka tapak tanganku. Dia memberi sesuatu kepadaku dan segera meninggalkanku.
Tanpa membuang masa, aku segera membuka kotak hadiah pemberiannya tadi. Hampir terkeluar biji mataku melihat hadiahnya. Wahhh. Cantiknya. Dia beli bila benda ni ? Soalan itu berlegar legar di fikiranku. Eh, ade kertas terselit di tepi kotak ini.
Yahh Park Eunmi. Thanks sebab luangkan masa dengan aku hari ni. Lain kali, kalau takut, jangan perasan berani. Walaupun orang tu cabar kau. Faham ? Btw, simpan baik baik hadiah pemberian aku tu ! -LJoe the Bunny.Aku tersenyum membaca nota yang ditinggalkannya. Aku berjanji akan simpan baik baik hadiah ini. Thank you, Lee Byunghun, LJoe or LJoe the Bunny.
Hadiah :
Woohoooo ~ Akhirnya ! Selesai semua dates ! Eh, ayat yang FUYOO FUYOO, KELAS KELAS tu datang daripada Nana Johari, Juliana, Julia, Jue, NekSing, Burung Hantu. Time kaceh Kak Jue yang comel ~ LOL. Btw, penambahan watak akan berlaku chapter seterusnya. MUNGKIN ! Thanks for reading. Do read and comments babes ♥ -.-'
6 comments:
I love it . Sambung cepat XD
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sambung alieeeeeeeeeeeeeeeeeen !
i like it like it like it....
sambung la sambung la la......
xD
adriana baca ni sampai tersenyum sendiri LOL . pastu mak perli perli eprli BEST GILAAA SAMBUNG LAH WEYHH T_T
Sambung lagi... Kyaaaaa!
Ljoe sweet. Lol. Ricky lagi sweet. :P
kyaaa! mesti l.joe comel gila kalau dia pakai telinga arnab tu! :D
Post a Comment