Endless Love ( Ep 29 )

Eisya and Dongho's PART

Eisya dan Dongho berjalan jalan di taman permainan. Dongho cuba untuk memegang tangan Eisya tetapi asyik gagal je disebabkan tangan Eisya suka hayun sana sini. Nak cuba dakap bahu, takut Eisya marah pulak.

          "Dongho !! Tengok tuu ! Comelnye butterfly tuu !" Eisya berlari lari mengejar rama rama yang berwarna warni itu. Dongho tersenyum melihat gelagat comel Eisya yang selalu mencuit hatinya setiap hari, setiap jam, setiap saat dan setiap detik. Tiba tiba ...

          "Adoiii !" suara Eisya mematikan senyuman Dongho. Eisya terjatuh gara gara tersepak batu yang besar. Dongho bergegas gegas pergi mendapatkan Eisya. "Dear, are you okay ? Kenapa ? Sakit kat mane ? Nak pergi klinik ?" macam peluru berpandu Dongho menanyakan soalan kepada Eisya.

          Eisya tiba tiba tergelak kecil. "Hahahaha. Eisya okay. Tak payah risau lahhh." Eisya selamba badak menjawab. "Okay apenye macam nie ?! Luka teruk dekat tangan nie ! Hish !" Dongho meninggikan suara terhadap Eisya. Eisya tergamam kerana belum pernah Dongho bersuara sampai macam tu sekali.

          'Adehhh. Pehal aku pergi marah dia pulak ?' Dongho mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Tiba tiba, Eisya terkejut kerana badannya diangkat. Speechless. "Tunggu sini." Dongho berlari lari meninggalkan Eisya. 'Dia nak pergi mane pulak tuu ?' Eisya menjuihkan bibirnya dan sabar menunggu Dongho.

30 minit kemudian ...

         Eisya sudah terlelap di atas bangku. Dongho tercungap cungap kerana berlari lari dengan cepat tadi. Dia memegang ubat di tangannya untuk disapukan di tangan Eisya. 'Aloooo, comelnye perempuan ni tidur. Aku cium kang ~' suara jahat Dongho membuatkan Dongho tergeleng geleng. Dengan refleksnya, jari Dongho bermain marin hujung rambut Eisya.

         Eisya terasa rambutnya dibelai seseorang, lantas dia membuka matanya dan melihat muka Dongho. Dongho terkejut dan melarikan tangannya. Eisya duduk kembali di bangkunya dan ingin memulakan pembebelannya. "Eh awak, kite tunggu awak punye lah lama baru awak datang ? Asal tak datang terus je ?" Eisya menyindir Dongho. "Err. Kite pergi belikan awak ubat je ..." Dongho merendahkan suaranya.

        'Belikan aku ubat ? Ohmyy. Sweetnya mamat comel nie. Adehh. Aku pergi membebel dekat dia tu pehal pulak.' Eisya merungut rungut di dalam hatinya. "Sini tangan tu." Dongho menarik tangan Eisya dan menyapunya perlahan lahan di tempat luka itu. Eisya hanya diam dan menjuihkan bibirnya.

         "Okay. Dah siap." Dongho berpaling ke arah muka Eisya. 'OMG. Dekat gila muka Eisya dengan muka aku. Ni aku geram ni.' suara jahat Dongho datang kembali menghasut Dongho. Eisya pun sudah terkaku dan dia tidak sedar pun bahawa muka dia dengan Dongho cuma beberapa inci sahaja lagi.

          Dongho perlahan lahan ingin merapatkan mukanya dengan muka Eisya. Tinggal 3 inci lagi. Dongho merapatkan lagi. Eisya sudah memejam mata dan menunggu tindakan Dongho. 2 inci lagi andd ...

-Bingeul Bingeul Bingeu Bingeul-

         Ringtone handphone Dongho mengejutkan Dongho dan Eisya dari alam cinta cintun. Eisya berpaling muka ke arah lain. 'Maluu siot.' Muka Eisya merah menahan malu. Dongho nampaknya sedang bercakap dengan seseorang. Eisya hanya duduk menunggu Dongho menamatkan perbualannya.

          10 minit kemudian, Dongho masih tidak siap bercakap. Eisya sudah naik bosan. 'Tahulah artis. Tak payah buat orang macam tunggul kayu.' Eisya membebel dalam hatinya. Eisya bangun dari tempat duduknya dan ingin pulang ke rumah. Dia mencuit bahu Dongho. Dongho mengangkat keningnya tanda isyarat seperti 'Ye, ade ape?'. Eisya membalas bahasa isyarat dengan menggunakan bahasa isyarat jugak. Dongho hanya mengangguk tanda OKAY apabila Eisya memberitahu yang dia sudah mahu pulang.

         Dengan hatinya yang sedih, Eisya perlahan lahan berjalan meninggalkan Dongho yang masih bergayut dengan manusia mane entah. 'Grrrr. Benci aku. Kalau bukan kerana handphone tu, mesti Dongho dah cium aku tadi. Lol. Pehal aku jadi gatal macam nie ? Ish3.' Eisya menggeleng geleng sendiri.

         Tiba tiba, seorang lelaki bertanya kepada Eisya. "Cik adik, tumpang tanye boleh ?" seorang lelaki menegur Eisya. Eisya berpaling ke arah tuan punya suara. "Ye ?" Eisya tersenyum manis. 'Adehh. Handsomenya laki nie.' Eisya tersengih dalam hati. "Dekat mane eh Restaurant ***** ?" tanya lelaki itu. "Ohhh. Awak ikut lorong tu and then belok kanan lepas tu ade lorong pulak then belok kiri. Situ tempatnya" Eisya menjelaskan satu persatu. Lelaki tu hanya menangguk angguk tanda faham.

         "Btw, nama saya Jinyoung." Jinyoung menghulukan tangannya tanda perkenalan. Belum sempat Eisya menyambut huluran tangan Jinyoung, tangannya sudah dirembat orang lain dan ditarik.

          "Adoiii. Stop ! Kenapa tarik macam tu je ? Macam lah tangan kite ni awak punye. Kalau putus kang ~ Tak pasal pasal kite saman awak. Hish." Eisya membebel pulak. "Yang awak pergi layan laki yang awak tak kenal tu kenapa ? Kan bahaya ?" Dongho membalas balik. "Dah kenal lah tadi. Tak dengar ? Dia cakap nama dia Jinyoung." Eisya menjawab balik.

          "Baru tadi je kenal. Kalau dia buat jahat macam mane ?" Dongho bertanya dengan suara mendatar. "Alaa, okay ape. Muka pun handsome. Sanggup diculik pun. La -" Belum sempat Eisya menghabiskan ayatnya, bibirnya telah dicuri oleh Dongho. Eisya membulatkan matanya tanda terkejut dan perlahan lahan dia memejamkan matanya.

          Dongho melepaskan bibir Eisya perlahan lahan. Eisya hanya menunduk tanda malu. "Dont say like that anymore. I dont like it. You only mine. Ade faham cik Eisya ?" Eisya memandang tepat ke arah mata Dongho mencari keikhlasan lelaki itu. Dongho tersenyum memandang Eisya. "Tapi kan dia handsome ape. I say the truth and he is more handsome than you." Eisya memuji muji Jinyoung yang tidak sempat dikenali dengan lebih mendalam gara gara diheret oleh Dongho.

          "Yelahh. Pergi lah dekat mamat handsome tuu. Kite balik dulu lah. Awak nak sangat pergi jumpa dia kan ? So, pergilah. Bye." Dongho bersuara ala ala baby tengah merajuk. Dongho berpura pura macam ingin meninggalkan Eisya. "Bye." Eisya membalas selamba aje. 'Eh, biar betik Eisya nie ? Takkan nak pergi carik jantan tu kot ?' Dongho bercakap seorang diri dan masih meneruskan perjalannya. Dongho hanya menunduk tanda kecewa kerana tidak dapat cinta Eisya.

          Tiba tiba, handphone kepunyaan Dongho berbunyi. Panggilan daripada Eisya. 'Dia nak menunjuk lah tu yang dia jumpa jantan tu lah bla3 lah. Hish. Nak je aku tutup tapi takut dia merajuk pulak.' Dongho segera mengangkat panggilan daripada Eisya.

          "Ye ? Nak ape pulak nie ? Dah jumpa lelaki handsome yang awak cakap lebih handsome dari kite tu ? Dah dapat cari ? Or nak suruh kite tolong carikan ? Kalau nak suruh kite carikan, simpang 44 Malaikat, kite taknak cari." Belum sempat Eisya bercakap, Dongho sudah bercakap macam mak nenek bercakap.

          "Tengok belakang awak jap." Eisya mengarah Dongho. Dongho hanya mengikut arahan Eisya dan dia berpaling belakang. "Eisya ?" Dongho mengangkat keningnya. Eisya memberi bahasa isyarat agar Dongho datang dengan lebih dekat. Dongho berjalan jalan menuju ke arah Eisya.

          Eisya segera mencium pipi Dongho dengan malu malu. Dongho terkaku selama 20 saat dan dia memegang pipinya yang dicium oleh Eisya tadi. 'Haihh. Tak tidur malam lah aku jawabnya kena cium dengan Eisya nie. Hehe.' Sempat lagi Dongho bermonolog dalam hatinya. Dongho memeluk Eisya dengan kuat dan membisikkan satu ayat kepada Eisya.

          "Will you be my girlfriend ?"
P/s : Hahahahaha. Chapter ni pasal Eisya dengan Dongho jela. Next chapter pasal Raara dengan Joker :]

2 comments:

Gizloe said...

Terbaik :]

Ct Salleh said...

OMGGGGGGGGG ! OMGGG ! OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG !