Endless Love ( Ep 26 )

Mereka menjalankan tugas yang diberi dengan penuh gembira. Dongwoon pulak asyik bergurau senda dengan Jojo di dapur sampai Jaja naik muak. Ary pulak hanya diam dan menunggu kehadiran seseorang. Jojo yang sedang mencuci sayur di sinki dikejutkan dengan pelukan seseorang di belakangnya. Tidak lain tidak bukan si Dongwoon yang terlebih gedik hari nie. "Dah2, jangan kacau kite lahh." Jojo menghalau Dongwoon. "Eh, suka hati ahh. Kiss sikit." Jojo tidak sempat mengelak, Dongwoon sudah mencium pipi kanan Jojo. Jojo hanya membiarkan sahaja. Kalau dilarang pun, buat jugak.

"Dah dahlah korang nie. Mesra alam sangat kau ni Dongwoon." Jaja membebel sebab mata dia dah berbulu tengok Dongwoon dengan Jojo. Ary hanya ketawa kecil sambil membuat kerjanya. "Jeles. Booo. Buah hati kau kan sedang cat cat cat rumah. Kekekeke" Jojo mengusik Jaja. "Lol. Eh korang berdua hari nie nampak sama lah pulak. Bb pergi sanggul rambut ni kenape ? Tak comel pun." Dongwoon mengomen Jojo dengan selamba. "Amboi amboi. Suke hati ahh nak comel ke tak. Takde yang suka, its okay. Ramai lagi kat luar tu yang sedang menunggu. Elehhh. Tak comel konon." Jojo memuncungkan bibirnya lagi. "Bb ~ I already say dont do that type of lip !" Dongwoon merungut. "Nak buat jugak." Jojo memuncungkan lagi bibirnya. Tiba tiba, ade someone ketuk pintu. "Eh, mesti Minwoo tu. Kejap eh." Jojo mencuci tangannya sebelum beredar untuk membuka pintu. Dongwoon mula cemburu bila Jojo tergesa gesa nak jumpa dengan Minwoo.

"Minwoo ! Kekekeke. Akhirnya, datang pun kau." Jojo tersengih sengih. "Dah sengih macam tu." Minwoo membuat muka blur. "Jom lah masuk. Kau kena buat banyak kerja untuk aku. Hehe." Jojo mempelawa Minwoo masuk. "Wehh, sini kejap." Minwoo memanggil Jojo pergi dekat dengannya dan Minwoo membisik sesuatu dengan Jojo. Keadaan mereka masa tu agak dekat. "Weh, Ary ade ?" Minwoo berbisik dengan perlahan. "Ade. Dont worry. B2ST pun ade." Jojo berkata dengan selamba. Minwoo ingin membalas balik tetapi mereka dikejutkan dengan suara garau dari lubang jamban mane entah.

"Bb ~" Dongwoon berjalan ke arah Jojo dan merangkul erat pinggang Jojo. Jojo ingin merenggangkan rangkulan Dongwoon tetapi tangan Dongwoon terlalu kuat. "Dongwoon ?" Minwoo bertanya dengan reaksi yang terkejut. "Yes. Dongwoon. Jojo's boyfriend and maybe Jojo's future husband ? XD" Dongwoon berkata dengan jelas dan angkuh. Minwoo ternganga luas. "Jojo ! Kau tak cakap kau dah ade boyfriend ! Artis pulak tuh. Semput dah aku." Minwoo mengusik Jojo. Jojo agak terkejut kerana first time Dongwoon mengaku yang dia ialah boyfriend Jojo. "Errrk, ngade ngade je kau nie. Ary ade kat dapur. Maybe she needs help." Jojo menyuruh Minwoo pergi ke dapur. Minwoo hanya mengangguk dan menuju ke dapur kerana tidak sabar untuk berjumpa buah hatinya. "Pehal tetiba mengaku yang awak tu boyfie kite ha ?" Jojo bertanya dengan pelik. "Suke hati ahh. Sebok je mamat tu. Sape ajak dia ?!" Dongwoon dah nak naik angin. "Kite yang ajak dia. Dahla. Jom sambung." Jojo memegang tangan Dongwoon dan mengheretnya ke dapur.

Jojo sambung kembali mencuci sayur tadi. Minwoo menawarkan pertolongan. "Meh, aku tolong kau jugak." Minwoo merampas sayur di tangan Jojo. Dongwoon pulak menyibuk. "Bb, let me help you okay ?" Dongwoon turut mencuci sayur itu. Jojo hanya menggeleng kepala. Ary ketawa kerana geli hati melihat Dongwoon yang macam sedang berebut Jojo dari Minwoo yang tiada perasaan terhadap Jojo. "Gilalah dua ekor nie. Naik rimas pulak. Haihh." Jojo mebebel bebel. "Hahahaha. Macamlah takde kerja dah dekat dapur ni." Ary bercakap sambil gelakkan dua lelaki yang sedang berebut mencuci sayur itu. "Aku masaklah senang lagi. Hmm, fried noodles maybe. Hehe." Jojo menghidupkan gas tetapi tiba tiba ..

"Jojo ! Biar aku tolong masak. Aku pro tau. Dulu, nenek aku selalu ajar aku cara nak memasak. Sebab nanti boleh berdikari. Hehe." Minwoo merampas senduk daripada Jojo. "Eh takpe. Biar aku je masak. Kau pergi cuci sayur lah Minwoo." Dongwoon merampas senduk itu daripada Minwoo. "Pehal korang nie ? -.-" Jojo sudah bengang. Dia nak cuci sayur tak boleh. Nak masak pun tak boleh. "Kita keluar jela Jojo. Diorang berdua rajin sangat kan ?" Ary menarik tangan Jojo dan keluar ke ruang tamu.

Selepas 15 minit kemudian, Ary sudah terlena tidur. Jojo hanya menonton televisyen. Tiba tiba, Jojo menghidu bau bau hangit. Dia berpaling ke arah dapur dan terus tenganga luas. Mana taknya, asap hitam berkepul kepul keluar. Jojo segera berlari masuk ke dapur dan ...

"Yahhh !" Jojo menjerit dengan kuat dan menutup dapur gas. Semua orang yang tengah syok jalankan tugas masing2 di luar meluru masuk ke dapur selepas mendengar Jojo menjerit dengan kuat. Beberapa minit kemudian, semua ketawa dengan kuat apabila melihat muka Dongwoon dan Minwoo sudah hitam legam macam punggung kuali. Dongwoon memuncungkan bibirnya manakala Minwoo hanya menunduk apabila Jojo mula membebel. "Ape korang nie ?! Tadi Minwoo ! Kau cakap kau pandai masak lah, itu lah ini lah. Ha, Dongwoon pulak ! Awak tu artis handsome top top top so tak payahlah masuk dapur ! Hish ! Kalau lah macam nie, aku takkan bagi korang berdua tolong kat sini ! Dah pergi masuk mandi ! Cuci muka semua tu ! Sebelum tu, korang ade cedera kat mane mane ke ?!" Jojo membebel macam murai tercabut ekor tetapi still mengambil berat akan kawannya. Minwoo dengan Dongwoon menggeleng geleng tanda tiada ape ape kecederaan. Tetapi Jojo dapat tengok yang siku Dongwoon kemerah merahan. Melecur kot.

"Er, dah dahlah kau dok pot pet pot pet wahai Jojo." Yoseob sudah berbulu telinga mendengar Jojo membebel bebel. Bibim tergelak melihat muka masam Yoseob. "Sape suruh kau datang ? -.- Pergi sambung kerja masing masing cepat !" Jojo bercakap dengan kuat. Tandanya, Jojo dah mengamok. Semua berlari lari keluar kerana takut Jojo mengamok macam harimau sedang menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Ary tiba tiba masuk. "Eh, ape terjadi nie ?" Ary menggosok gosok matanya tanda dia baru tersedar dari tidurnya tadi. "Minwoo dengan Dongwoon ni perasan pandai masaklah konon, tengok ? Ape dah jadi. Habis hangit. Hish. Ary, cuci muka Minwoo tu." Jojo mengarah Ary. Ary tersenyum dan menarik Minwoo ke ruang tamu. Minwoo sempat membuat thumbs up kepada Jojo sambil tersengih. Dongwoon membuat muka blur.

"Hah. Yang nie sorang. Nak suruh sape tolong cucikan muka tu ? Cuci sendiri lah ye. Jojo nak kemas dapur nie. Haiyoyoyo." Jojo menggeleng tanda pening kepala. "Alaaaa, tolonglah cuci kan. Pleasee bb darling. Hehehe." Dongwoon mulakan pujuk rayunya. "Hmm, yela. Dah, pergi luar kejap. Kite kemas kejap je nie. Pergi pergi." Jojo menghalau Dongwoon. "Yela yelaaa." Dongwoon membuat suara merajuk. Jojo tidak mempedulikannya, jadi dia keluar dengan muka masam. Haihh, manjanya =.= Selepas 20 minit, Jojo siap kemas dapur. Dia keluar dari dapur kerana ingin mencari Dongwoon dan letak ubat di tempat melecur di siku Dongwoon tadi. Dia bersalah sebab tinggalkan Dongwoon terlalu lama jadi dia mengambil keputusan untuk segera keluar dari dapur itu dan berjumpa dengan Dongwoon. Tetapi, semasa dia mencari Dongwoon. Alangkah terkejutnya bila Dongwoon tengah ...
Dongwoon jahat T_T Jojo heartbroken selepas nie :']

No comments: