"Argghhh ! Malu gila kalau cakap macam tu -.-" Dongwoon bercakap sorang2 dalam biliknya.
Dongwoon melepaskan keluhannya dan memandang ke dinding. Matanya hanya nampak senyuman Jojo sahaja. Di dinding ada Jojo. Di muka bantal ada Jojo. Di depan almari ada Jojo. Di muka cermin ada muka Jojo. Naik gila Dongwoon dibuatnya. Semua Jojo Jojo Jojo ! -.-
Manakala Jojo berada di dalam bilik Dongwoon keseorangan. Jojo segera keluar dari bilik Dongwoon. Kepalanya masih pening. Dia keluar dan mencari cari kelibat kawan kawannya. Tiba tiba Dongwoon keluar dari bilik yang dipinjamnya tadi.
"Kau nak pergi mana ?" Dongwoon tanya dalam keadaan cemas.
"Aku nak balik lah. Ade kerja." Jojo menjawab dengan segera.
"Ha ? Kau kan tak sihat lagi. Hish." Dongwoon membantah.
"Sihat dah ! Busybody betul. Kawan kawan aku mana ?" tanya Jojo.
"Semua dah balik. Tinggal aku dengan kau je dalam bilik nie." jawab Dongwoon dengan selamba.
"What ?! Aku balik dulu. Byebye." Jojo berjalan dalam keadaan pening pening. Jojo dah bengong.
"Kau jalan pun macam orang tak betul. Aku jentik, dah jatuh kau aku rasa" usik Dongwoon.
Tiba tiba Jojo hilang imbangan dan dia tetiba rasa macam nak jatuh tapi Dongwoon sempat menyambut badan Jojo.
"Jojo !" Dongwoon menampar nampar lembut pipi Jojo.
"Booo !" suara Jojo mengejutkan Dongwoon.
"Kau gurau ke ?" blur Dongwoon -.-
"Kekekekekeke" Jojo ketawa mengekeh.
"Not funny okay !" Dongwoon langsung melepaskan badan Jojo sambil memarahi Jojo.
"Adoiiii !" badan Jojo amatlah sakit selepas Dongwoon melepaskannnya. Dongwoon tidak menghiraukan Jojo yang sedang sakit.
Tiba tiba Dongwoon terdengar esak tangis seseorang. Dongwoon terus berpaling arah Jojo. Terkejut beruk Dongwoon apabila dia melihat Jojo sedang menangis sambil memegang tangan kanannya. Dongwoon segera pergi ke Jojo.
"Jojo ? Are you okay ?" tanya Dongwoon dengan cemas. Jojo hanya menangis. Well, dia kan sensitif.
"Jojo ? Kenapa nie ?" tanya Dongwoon sekali lagi.
"Tangan sakit ..." jawab Jojo perlahan. Dongwoon segera tengok tangan kanan Jojo. Tangan Jojo keluar darah. Rupa rupanya tangan kanan Jojo terkena bucu meja semasa dia melepaskan Jojo tadi. Dongwoon dah rasa bersalah dah ~
"N ... Kejap. Aku pergi ambik kotak pertolongan cemas." Dongwoon segera berlari dan ambil kotak kecemasan di biliknya. Dongwoon segera berlari dan duduk di tepi Jojo. Dia menarik tangan Jojo dan menyapu ubat di luka Jojo.
"Auchhh. Sakit ..." Jojo merungut dan air matanya semakin laju keluar.
"Manja lah pulak dia nie." hati Dongwoon berkata kata.
"Ahh, sorry2." Dongwoon meminta maaf dan menyapu lembut ubat di tangan Jojo. Selepas selesai membalut luka Jojo, Dongwoon menyapu air mata Jojo.
"Jangan nangis dah. Nanti lusa, okay lah tu." Dongwoon memujuk. Jojo masih diam. Dongwoon semakin pelik dengan perangai Jojo. Tiba tiba, dia terdengar muzik perut orang yang tengah lapar.
"Hahaha. Lapar ke ?" tanya Dongwoon sambil ketawa. Jojo hanya mengangguk.
"Kejap. Aku suruh orang aku beli something untuk kau dan aku." Dongwoon segera mendukung Jojo dan letakkan Jojo di atas sofa. Jojo rasa segan dengan perlakuan Dongwoon yang terlebih baik. Dongwoon segera menelefon seseorang untuk membeli makanan.
Beberapa minit kemudian, loceng berbunyi. Dongwoon segera membuka pintu dan kelihatan Dongwoon sudah memegang dua plastik makanan dan minuman. Jojo membuat muka bersalah.
"Nah, makan sendiri. Nasi goreng cina." Dongwoon memberi bungkusan kepada Jojo. Jojo menunjukkan tangannya kepada Dongwoon sambil tersengih. Dongwoon sudah faham. Dia segera duduk di tepi Jojo dan menyuapkan nasi kepada Jojo.
"Sedap ?" tanya Dongwoon. Jojo hanya mengangguk. Cebisan ayam melekat di tepi bibir Jojo. Dongwoon segera menyapu cebisan ayam di bibir Jojo. Jojo terkaku sebentar kerana itulah kali pertama dia dan Dongwoon berada dalam jarak yang dekat.
Bibim, Eisya and Raara's PART
"Weh, takpe ke kite tinggalkan dorang berdua tu ?" tanya Bibim dengan risau. Yela, kan Dongwoon dengan Jojo kan macam anjing dengan kucing.
"Tak payah risau lah. Diorang berbaik baik lah tu." Raara menyedapkan hati.
"Jom ahh shopping. Aku nak beli something untuk Dongho nie." jawab Eisya dengan excitednye.
Dongwoon's and Jojo's PART
Dongwoon dan Jojo masih dalam keadaan yang agak dekat. Muka mereka hanya jauh 4 inci sahaja. Hati Jojo bedetap detup dengan kuat apabila hidung mancung Dongwoon sudah mengenai pipi kanannya dan ...
Lololol. Ape terjadi dengan Jojo dengan Dongwoon ? D:
1 comment:
Nasi goreng cina? xD HAHA. Pataya takde ke? :3
Post a Comment